Battery Health 76% Pada iPhone 11. Adakah Memang Perlu Tukar Bateri Yang Baru?

Written by: wanzaialjarman

Published on: November 8, 2023

Add Your Heading Text Here

Hari ini ada sebuah iPhone 11 check-in di Taliponiesta untuk tukar bateri kerana Battery Health-nya sudah menurun ke 76%. Walaubagaimanapun kami di Taliponiesta tanya dulu kepada pelanggan kami, “Adakah mahu tukar bateri hanya kerana Battery Health sudah turun ke 76%”?

Ini kerana jika pelanggan kami ini nak tukar bateri yang baru hanya kerana Battery Health yang sudah menurun, kami akan cadangkan untuk beliau guna dulu iPhone ini sehingga prestasi bateri sudah teruk. Tetapi kita lihat apakah jawapan pelanggan ini.

Sebab Apa Pelanggan Ini Nak Tukar Bateri?

Jawapan pelanggan Taliponiesta ini adalah beliau nak tukar battery sebab performance memang sudah semakin teruk. Kata beliau, setiap hari hampir 3 hingga 4 kali charge baru boleh digunakan seharian. Kalau tidak, dari awal pagi hanya boleh tahan hingga jam 11 pagi sahaja.

Jadi kami pun dah faham masalah pelanggan ini dan terus proceed untuk tukarkan bateri iPhone beliau dengan bateri yang baru.

Apa Berlaku Selepas Tukar Bateri Yang Baru? Adakah Battery Health Masih 76%

Selepas tukar bateri yang baru, Battery Health telah berubah kepada 100%. Walaubagaimanapun bukanlah Battery Health yang ingin diceritakan, tetapi prestasi iPhone ini telah menjadi seperti iPhone baru! Battery menjadi lebih tahan, seperti iPhone baru! Kepuasan menjadi lebih hebat, seperti iPhone baru!

Peringatan Kepada Anda.

Peringatan kepada pengguna iPhone, jangan risau jika battery health menurun. Yang penting adalah performancenya ya. Anda hanya perlu tukar bateri jika bateri sudah mula menunjukkan prestasi yang kurang baik. Dan jangan tukar bateri yang baru jika hanya battery health menurun manakala prestasinya masih baik.

Ditulis oleh,

Baca Artikel Lain

3 Sebab dan Punca Utama Bateri iPhone Menjadi Kembung dan Cepat Habis

Published:

March 6, 2020

Pusat Repair iPhone Paling Popular di Seremban, Negeri Sembilan.

Published:

January 1, 2021

Faktor Motherboard iPhone Rosak dan Cara Mengelakkannya

Published:

April 20, 2023