10 Tips Penjagaan iPhone Yang Popular Tetapi 100 Peratus Tidak Benar

Written by: wanzaialjarman

Published on: May 9, 2023

Add Your Heading Text Here

Menjaga iPhone anda sememangnya penting untuk pastikan iPhone anda boleh digunakan lama dan dalam keadaan tip top. Pengguna iPhone yang baru, semestinya pernah cuba google “Tips penjagaan iPhone” di Google atau di Facebook kan? Tiada apa masalah, namun tak semua tips yang disarankan adalah benar. Ada beberapa tips yang nampak macam tepat, tapi hanya menyusahkan pengguna sahaja. Sekarang anda akan tahu 10 tips yang popular yang KONONNYA BENAR tetapi salah sama sekali!

Nak Battery Health Tahan Lama, Tutup Semua Background App ; Mitos Nombor 1

Sistem operasi yang Apple bangunkan untuk iPhone, kita panggil iOS, cukup bijak dan memang direka untuk menguruskan Backgroud App dengan cekap dan optimum. Kalau anda tutup aplikasi itu secara manual pun, ia tidak akan merubah apa apa pun. Ada yang kononnya berkata “Kalau nak jaga Battery Health iPhone, tutup semua App yang tak digunakan”. Itu hanyalah mitos okay!

Apatah lagi sebenarnya untuk memulakan/membuka sesuatu Aplikasi, lebih banyak energy diperlukan jika anda kerap tutup dan buka App tersebut. Contohnya anda gunakan Whatsapp dengan kerap, biarkan sahaja App itu berjalan secara background. Kerana lebih banyak energy diperlukan untuk buka semula Whatsapp bila anda tutup ia dari background running app.

Biarkan Wifi dan Bluetooth Terbuka Akan Makan Lebih Bateri ; Mitos Ke-2

“Jika anda biarkan Wifi dan Bluetooth terbuka sepanjang masa, itu akan buat bateri habis cepat!” Itulah kata mereka. Ia mitos. Sama seperti poin yang pertama diatas tadi, sistem iOS cukup bijak untuk meng-optimakan dengan menggunakan tenaga yang paling sedikit bila Wifi dan Bluetooth tidak digunakan.

Oh ya, bagi saya, sebenarnya lebih praktikal dan mudah jika biarkan Wifi dan Bluetooth terbuka. Sampai sahaja ke tempat kerja, iPhone terus connect dengan wifi di tempat kerja. Masuk ke kereta pula iPhone terus bersambung dengan sistem Audio kereta yang gunakan Bluetooth. Bila sampai di rumah, iPhone terus connect dengan wifi rumah, yang mana terus connect dengan aircond yang dah set dengan wifi rumah. Kan senang tu?

Jangan Guna Pengecas iPhone Yang Bukan Dari Apple, Semua Tidak Selamat ; Mitos Ke-3

Sementara penting untuk menggunakan pengecas yang disahkan, bukan semua pengecas bukan-Apple adalah merbahaya. Banyak pengecas pihak ketiga yang berwibawa telah melalui ujian ketat bagi memastikan mereka mematuhi piawaian keselamatan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memilih alternatif yang disahkan untuk mengelakkan risiko yang mungkin timbul.

Diakui memang penting untuk kita gunakan pengecas iPhone yang telah verified oleh Apple atas dasar keselamatan. Akan tetapi tidak semua jenama third party itu adalah teruk dan berbahaya. Ada beberapa pengecas third party yang memang berwibawa telah melalui ujian ketat bagi memastikan pengecas itu patuh pada piawaian keselamatan yang dibuat oleh Apple.

Contohnya, jenama McDodo dan Ugreen. Kedua dua jenama ini telah menerima pengesahan MFi (Made For iPhone) dari pihak Apple bagi beberapa produk mereka. Nampak? Apple sendiri mengakui bahawa syarikat – syarikat ini telah membuat aksesori yang bersesuaian dengan barangan Apple. Oleh sebab itu saya sendiri pun menggunakan pengecas iPhone jenama McDodo. MacBook saya juga menggunakan kepala pengecas dan kabel jenama McDodo. Dalam kereta pula, saya gunakan car charger jenama McDodo, dan sambungkan dengan pengecas MagSafe jenama McDodo juga.

Tunggu Bateri iPhone Turun Dibawah 20% Dan Barulah Dicas. Pastikan Terus Cas Hingga Penuh ; Mitos ke-4

Berbeza dengan teknologi bateri lama, bateri lithium-ion yang digunakan dalam iPhone tidak memerlukan kitaran pengecasan atau pengosongan penuh. Sebenarnya, pengecasan penuh secara kerap boleh menekan bateri dan mengurangkan kapasiti dari semasa ke semasa. Mengisi iPhone anda mengikut keperluan dan mengelakkan tahap pengecasan yang ekstrem sudah mencukupi.

Bateri pada iPhone tak memerlukan kita untuk mengecas secara penuh, atau mengosongkan bateri secara total. Kalau bateri zaman dahulu, anda memang perlu buat macam tu. Tetapi untuk buat perkara yang sama pada bateri iPhone, anda hanya bazirkan masa dan tenaga sahaja! Caslah bateri iPhone anda mengikut keperluan harian.

Cuci Skrin iPhone Guna Apa Sahaja Jenis Sabun Adalah Okay ; Mitos Ke-5

Anda merosakkan lapisan hadapan pada skrin iPhone anda apabila anda gunakan sabun untuk pembersihan skrin. Ada pula yang gunakan pencuci lantai, pencuci tingkap, windshid cleaner atau sunlight. Jangan! Hentikan perbuatan tak senonoh itu sekarang sebelum ia merosakkan lagi skrin iPhone anda.

Apple sendiri mencadangkan untuk anda gunakan kain yang lembut seperti kain MicroFibre. Gunakan sedikit air untuk pembersihan yang efektif dan selamat. Jika anda rasa tak bersih, cukuplah dengan gunakan wet tissue dan kemudian lap semula gunakan kain yang kering.

Macammana, tak sangka yang selama ni anda buat semua tips yang kami kategorikan sebagai mitos ni? Sudah, jangan gelakkan diri sendiri. Hentikan buat tips yang hanya menyusahkan diri anda. Sepatutnya memiliki sebuah iPhone akan memudahkan anda, bukan akhirnya menyusahkan, bukan? Enjoy lah gunakan iPhone ya!

Kali ini saya berikan 5 sahaja tips mitos yang popular ini dahulu. Kalau anda nak 5 tips yang seterusnya, komen dibawah okay! Nanti saya akan bagi lagi 5 tips yang kami kategorikan sebagai mitos, tapi ada yang anda buat dan anda rasa ia betul.

Ditulis oleh,

Baca Artikel Lain

Ulang Tahun Ke 5 Taliponiesta Pada Hari Ini 6 September 2022

Published:

September 6, 2022

Saya Gunakan iPhone Untuk Fotografi. Saya Perlu Pilih iPhone X Atau iPhone XR?

Published:

April 27, 2020

Apa Cerita Dengan ‘Battery Health’ Ni? Penting Ke Peratus Battery Health Yang Tinggi?

Published:

May 1, 2020