Battery Health 76% Pada iPhone 11. Adakah Memang Perlu Tukar Bateri Yang Baru?

Battery Health iPhone 11 turun ke 76%!

Hari ini ada seorang pelanggan bawa sebuah iPhone 11 check-in di Taliponiesta untuk tukar bateri kerana Battery Health-nya sudah menurun ke 76%. Walaubagaimanapun kami di Taliponiesta tanya dulu kepada pelanggan kami ni, “Nak tukar bateri hanya sebab Battery Health dah turun ke?”.

Ini kerana jika pelanggan kami ini nak tukar bateri yang baru hanya kerana Battery Health yang sudah menurun, kami akan cadangkan untuk beliau guna dulu iPhone ini sehingga prestasi bateri sudah teruk. Tetapi kita lihat apakah jawapan pelanggan ini.

Sebab apa pelanggan ini nak tukar bateri iPhone?

Kenapa kami tanya dulu soalan tu pada pelanggan?

Sebabnya jika pelanggan ni jawab nak tukar bateri baru hanya sebab Battery Health dah jatuh, kami akan cadang untuk pakai dulu. Andai kata bateri masih tahan dan performance-nya masih baik. Walau bagaimanapun tetap lah pilihan di tangan dia juga. Kalau pelanggan ni kata nak tukar bateri juga, kami tetap akan tukarkan jugak! Yang diatas tadi tu, kami nasihatkan je ya.

Jadi, apa jawapan pelanggan saya ni?

Jawapan pelanggan Taliponiesta ini adalah beliau nak tukar battery sebab performance iPhone dia memang sudah semakin teruk. Kata beliau, setiap hari hampir 3 hingga 4 kali charge baru boleh digunakan seharian. Itu pun hanya dengan penggunaan minimal je, macam Whatsapp dan call.

Kalau tak charge 3 atau 4 kali, bateri iPhone dari awal pagi hanya boleh tahan sampai jam 11 pagi sahaja. Jadi kami pun dah faham masalah pelanggan ini dan terus proceed untuk tukarkan bateri iPhone beliau dengan bateri yang baru. 

Apa jadi selepas tukar bateri baru? Adakah BH Masih 76%

Selepas tukar bateri yang baru, Battery Health telah berubah kepada 100%. Ya lah kan, Battery Health 76% tu adalah pada bateri yang lama. Bila kita dah buka bateri yang lama, dan pasangkan bateri yang baru, mestilah iPhone akan baca data untuk bateri yang baru tu. Iaitu 100% lah Battery Health-nya.

Walaubagaimanapun bukanlah peratus Battery Health yang ingin saya sampaikan disini, tetapi prestasi iPhone ini telah menjadi seperti iPhone baru! Battery menjadi lebih tahan, seperti beli iPhone baru! Kepuasan menjadi lebih hebat, seperti iPhone baru!

Nasihat Saya Untuk Pengguna iPhone.

Peringatan kepada pengguna iPhone, jangan risau jika Battery Health iPhone anda turun. Ini hanyalah nombor sahaja. Walaupun saya faham mungkin anda sakit mata bila tengok peratusan tu tak 100%.

Tapi apa yang lebih penting adalah performance iPhone anda tu ya. Anda hanya perlu tukar bateri jika bateri sudah mula menunjukkan prestasi yang kurang baik. Dan jangan tukar bateri yang baru jika hanya battery health menurun manakala prestasinya masih baik.

Apa kata anda guna cara yang sama dengan pengunaan bateri pada kereta. Kita hanya tukar bateri kereta bila dia dah rosak, kan? Bukannya kita tukar bateri kereta setiap kali bacaan Battery Health-nya dah turun. Oh alamak, anda baru tahu bateri kereta pun ada Battery Health? Ahhhh sudah, silap juga saya bagitahu ni. Lepas ni anda akan sibuk dengan Battery Health untuk bateri kereta pula!

Have a good day ahead, guys!

Baca >> Beli iPhone Second Hand Di mudah.my Dan ‘No Network’ Selepas Seminggu. Adakah ini Scam? Apa sebenarnya berlaku?