Beli iPhone Second Hand Di mudah.my Dan ‘No Network’ Selepas Seminggu. Adakah ini Scam? Apa sebenarnya berlaku?

Anda beli iPhone second hand secara atas tangan orang di mudah.my. Lepas seminggu pakai iPhone tu, tiba tiba jadi ‘No Network’. Apa cerita ni?

Pasti anda sudah mula memaki dan menyumpah penjual di mudah.my yang menjual iPhone itu kepada anda minggu lepas. Sebabnya bila anda cuba hubungi sekarang, beliau sudah tidak menjawab. Ada kemungkinan Whatsapp anda juga dah kena block!

Adakah Anda Sudah Kena Scam?

Ya betul, ini adalah SCAM. Penjual itu sudah tahu dari awal lagi bahawa iPhone yang beliau nak jual itu akan jadi ‘No Network’ tak lama lagi. Seminggu, dua minggu, sebulan bahkan tiga bulan selepas hari iPhone itu dijual kepada anda, beliau sudah tahu jauh lebih awal. Bagaimana dia tahu? Begini ceritanya.

(Kebiasaannya) iPhone yang anda beli itu sememangnya digunakan sendiri oleh penjual tersebut, bukannya ada orang lain yang jual iPhone tu pada dia dan dia jual pula kepada anda. Penjual tersebut dahulunya beli iPhone itu dengan telco (contohnya Maxis, Celcom, Umobile dan lain lain) dengan pelan pascabayar (atau lebih mudah dipanggil bayar bill hujung bulan).

Info tambahan : iPhone yang dibeli dengan telco dipanggil ‘Telco Set’. Telco ni maksudnya Telecommunication Company. Kalau kat Malaysia ni kita ada banyak, seperti Maxis, Celcom, Digi, Umobile dan beberapa lagi yang lain.

Setelah beberapa lama beliau guna iPhone tu, mungkin dia sudah tidak mampu untuk bayar bill bulanan yang tinggi, dan buat keputusan untuk berhenti membayar bill bulanan. Ya, dia masih boleh guna untuk beberapa lama, mungkin beberapa bulan. Tapi selepas satu masa iPhone itu akan disekat penggunaannya oleh telco tersebut dari mendapatkan network.

Jadi sambungan cerita, selepas beberapa lama tidak membayar bill dan penjual itu sudah pun menjangka apa yang akan berlaku. Dengan cepat dan pantas beliau iklankan dan cuba menjual iPhone itu sebelum telco block phone.

Semasa anda membuat testing iPhone itu semestinya semua masih dalam keadaan baik, network masih boleh detect dan anda pun bayar amaun yang dipersetujui bersama. Selepas seminggu terus ‘No Network’.

Baca Juga >> Tips Beli iPhone Terpakai/Secondhand? Ini 8 Senarai Wajib Semak!

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Anda Boleh Guna iPhone Itu Dan Boleh Dapat Network Semula?

Hanya ada satu cara sahaja iaitu anda perlu pergi ke telco dan bayarkan hutang lama pemilik asal iPhone tu. Yang pasti hutang tu sudah dikumpul lama dan banyak boleh mencecah RM 1500 hingga RM 3000. Dimana anda akan fikir semula dua tiga kali adakah berbaloi untuk anda bayarkan hutang tu supaya iPhone tu boleh guna semula.

Jadi, apa kesimpulan dari cerita ini? Kalau ada individu yang nak jual iPhone dia dengan harga yang terlalu murah, anda kena check dulu. Pertama, tanya dulu individu tu, adakah iPhone ini ‘telco set’.

Kalau individu tu kata iPhone yang nak dijual tu bukan Telco Set dan anda masih kurang percaya, ada solusi lain. Anda boleh pergi ke kedai handphone berdekatan dan minta mereka buat semakan atas nombor IMEI iPhone yang anda nak beli tu. Biasanya servis ini ada charge sedikit ya.

Selain dari itu, solusi paling mudah adalah lebih baik anda beli iPhone terpakai di kedai yang anda percaya.