iPhone dah jadi sebahagian besar dalam hidup kita. Ia bertindak sebagai tukang kejut kita pada waktu pagi. Ia juga bertindak sebagai PA untuk ingatkan kita bila ada meeting atau perjumpaan dengan rakan. Ia juga adalah medium untuk kita berhibur dengan menonton Netlix atau Disney Hotstar. Walaubagaimanapun, kemalangan boleh berlaku pada iPhone kita, terutamanya kemalangan melibatkan air. Contohnya iPhone terjatuh dan masuk dalam longkang, atau air Teh O Ais tertumpah diatas iPhone. Alamak! Apa nak buat ni?
Apabila air masuk kedalam sesebuah iPhone, ia akan mula menyerang bahagian dalaman dari skrin hinggalah Motherboard. Ia akan mengakibatkan litar pintas dalam sistem iPhone. Ia berkemungkinan merosakkan fungsi iPhone secara kekal. Tahap keterukan (fatality) bergantung kepada beberapa faktor seperti berapa lama iPhone anda terdedah pada air, jenis cecair dan berapa pantas anda mengambil tindakan.
Contoh Tanda iPhone Bermasalah Apabila Terkena Water Damage
- Skrin tidak berfungsi dengan baik. Samada tidak sensitif, hidup tetapi tidak mengeluarkan imej atau langsung tak hidup.
- Butang tak berfungsi seperti power button, atau butang volume.
- Masalah pada bateri. Kemungkinan bateri habis dengan terlalu pantas, atau langsung tidak boleh dicas.
- iPhone mula overheat (panas melampau).
- Tiada network.
Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila iPhone Terkena Air?
Bila air dah termasuk sampai bahagian dalaman iPhone, apa yang anda boleh buat? Ini beberapa langkah awal yang anda boleh buat kalau iPhone terkena air.
1. Keluarkan Dari Sumber Air Sepantas Mungkin
Dengan pantas, keluarkan iPhone anda dari sumber air. Contohnya jika tejatuh dalam kolam renang, keluarkan iPhone anda dari kolam renang sepantas mungkin untuk mengurangkan kesan buruk.
2. Matikan iPhone Anda
Jika iPhone anda masih hidup, dengan pantas cuba untuk matikan iPhone anda tu. Dan jangan lupa, pastikan anda tidak mencuba untuk cas iPhone. Kalau anda cuba untuk cas iPhone, itu tingkatkan risiko untuk jadi litar pintas (short circuit) pada motherboard iPhone. Tolong ya, jangan buat.
3. Jangan Keringkan Guna Hair Dryer
Jika anda berniat untuk keringkan air menggunakan hair dryer yang panas, hentikan! Haba yang terlalu panas akan mengakibatkan komponen menjadi lebih teruk dari keadaan sediakala.
Dah la kat dalam iPhone ada air, anda tambah lagi masalah dengan panaskan iPhone guna Hair Dryer. Bahaya tu, jangan ya.
4. Keluarkan Kad Sim dan Buka Casing
Keluarkan sim card supaya ia tidak berkarat. Kemudian buka casing untuk memberi aliran udara yang lebih baik.
5. Keringkan Air Di Permukaan Luar iPhone
Gunakan kain yang bersih dan kering untuk lap permukaan luar iPhone.
Ini adalah langkah langkah awal apa yang anda perlu lakukan apabila iPhone terkena air. Kebiasaannya dicadangkan untuk anda membiarkan iPhone selama 24 hingga 48 jam sehingga ia betul betul kering. Kemudian anda boleh mencuba untuk menghidupkan iPhone.
Jika iPhone anda berjaya dihidupkan, sila uji semua fungsi yang ada seperti skrin, kamera, network, internet, call, speaker dan cuba juga cas iPhone anda. Dan sebaliknya jika iPhone anda tidak berjaya dihidupkan atau ada beberapa bahagian tidak berfungsi dengan baik, anda boleh bawa iPhone anda ke kedai repair iPhone untuk mereka uruskan sehingga ia hidup semula seperti sediakala.
Baca >> Bateri iPhone Kembung, Boleh Ke Nak Cucuk Guna Jarum?