Bila bateri iPhone anda kembung, pernah tak terfikir macam nak cuba cuba buka iPhone tu guna screwdriver, dan cuba cucuk bateri yang kembung kat dalam tu guna jarum? Kononnya lepas dapat keluarkan angin yang ada kat dalam bateri tu, dah boleh tutup balik iPhone dan guna macam biasa. Sebab anda rasa bateri pun masih okay dan masih tahan lagi, kemungkinan besar bateri tak rosak lagi.
Pernah terfikir macam tu? Nak cuba buat tak? Jom kita tengok apa kesan dia.
Nak cuba pecahkan angin yang kembung. Boleh ke?
Jawapannya mesti lah tak boleh ❌
Jangan sesekali anda cuba buat benda yang bahaya macam ni ya. Sebab bila bateri iPhone jadi kembung, kat dalam ‘kekembungan’ tu bukannya ada angin pun.
Jadi apa yang buat bateri jadi kembung macam tu? Sebenarnya yang kembung tu adalah bateri tu sendiri. Anda jangan pulak fikir macam ‘kembung perut’, yang selalunya ada udara/gas yang tersekat dalam perut/usus manusia.
Apa yang terjadi adalah sel sel yang ada dalam bateri tu mengembang (atau mengembung) sebab dia bermasalah, kemungkinan besar bateri tu dah rosak lah kan. Contohnya, satu sel itu ketebalannya 2 mm, kini bila mengembang saiznya meningkat jadi 3 mm. Bukannya ketebalannya dari 2 mm menjadi 1 mm kiri dan 1 mm kanan, ditengah tengahnya ada ruang angin. Bukan begitu ya.
Jadi anda tak boleh cucuk bateri iPhone yang kembung untuk keluarkan angin, sebab memang tak ada angin pun. Sel bateri tu sendiri yang mengembang.

Kesan Jika Anda Cuba Cucuk & Pecahkan Bateri Kembung
Kami di Taliponiesta Seremban (di Kemayan Square Seremban dulu) pernah ada pengalaman bateri yang kembung ni jadi berasap bila ditebuk! Ya betul, ia berasap. Alhamdulillah tak ada kebakaran berlaku, tapi risau juga bila bateri dah berasap. Kami dah ready dengan alat pemadam api (fire extinguisher) dah untuk padamkan api, jika ada pada masa tu.
Sebenarnya bukanlah kami cuba cucuk atau tebuk bateri yang kembung tu, tapi kami dalam proses untuk tukarkan bateri iPhone pelanggan yang dah kembung. Masa proses nak keluarkan bateri yang lama tu, gam lama melekat dengan terlalu kuat. Jadi kami terpaksa cuba banyak cara termasuk bengkok kan bateri tu sedikit. Itu yang dia mula berasap!
Jadi apa nak buat bila bateri kembung ni?
Satu Satunya Solusi Adalah Tukar Bateri Baru
Bila bateri iPhone anda kembung, hanya ada satu solusi sahaja yang wujud di atas muka bumi ini, iaitu dengan menukar bateri iPhone yang baru. Ya betul, bateri iPhone anda yang dah kembung tu perlu dibuang kerana ia dah pun rosak. Bila dah kembung, bateri tu daah tak boleh pakai lagi. Dan bateri yang baru perlulah dipasang pada iPhone anda.
Apa Boleh Buat Dengan Bateri Lama Yang Kembung?
Bateri yang lama yang dah kembung tu, kat mana anda nak buang? Anda tak boleh buang di merata rata tempat tau. Contohnya dalam tong sampah majlis perbandaran ke, atau mana mana tong sampah di shopping mall ke, jangan buat macam tu. Kalau anda buang secara random macam tu, ia ada kemungkinan untuk meletup dan membahayakan orang yang berada di sekeliling tu.
Bateri yang dah lama ni, perlulah dilupuskan dengan cara yang betul. Ia mestilah dihantar ke pusat pelupusan sisa elektronik yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar.
Malas kan nak hantar kat sana? Kalau malas, tak perlu hantar kat sana pun tak apa. Anda sebenarnya boleh tinggalkan je kat technician yang tukar bateri iPhone anda tu. Amanahkan kat dia untuk buangkan bateri rosak tu di tempat yang betul.
Pada kebiasaannya, kedai repair iPhone ni akan panggil representatives dari Jabatan Alam Sekitar untuk ambil bateri bateri pelanggan yang dah rosak ni. Jadi, bateri bateri ini akan dilupuskan dengan selamat. Ingat ya, jangan buang bateri lama sewenang-wenangnya!
Pelik tak, bagaimana bateri iPhone boleh jadi kembung?
Biasanya bateri iPhone yang kembung ni berpunca dari sebab yang utama, yang sangat berkaitan dengan ‘haba’ dan ‘panas’, iaitu:
1. Kerap overcharge iPhone
Kalau anda selalu overcharge iPhone anda, lagi lagi di waktu malam masa anda sedang tidur, bateri iPhone ada kemungkinan yang tinggi untuk jadi kembung. Sebabnya bateri tu dah penuh, tapi anda paksa lagi masukkan charge ke dalam bateri. Itu yang lama kelamaan bateri jadi kembung tu!
Hentikan tabiat mengecas iPhone pada waktu anda tidur ya. Boleh je charge iPhone ngam-ngam sebelum tidur kan. Charge iPhone bukannya lama sangat pun, betul tak?
2. iPhone selalu panas
Anda selalu main game sampai 2 atau 3 jam? Terasa iPhone jadi sangat panas kan? Atau kalau anda tak terasa iPhone panas, mungkin sebab anda pakai casing. Cuba buka casing, main game lama lama dan rasakan kepanasan iPhone anda.
Ataupun anda selalu maraton tengok movie korea sampai 4-5 jam? iPhone mesti akan jadi panas juga. Rehat rehat la sikit, jangan pakai iPhone tu berterusan. Kurangkan beban pada bateri iPhone tu, bagi dia bertenang sikit. Baru lah boleh bertahan lagi lama.
Baca Juga >> Cara Menjaga Battery Health iPhone Pada Dalam 2025 Ini