Sebab Utama Kenapa Anda Hanya Perlu Kekal Tenang Bila Battery Health Turun

Semua pengguna iPhone sangat sayang akan iPhone mereka. Ini termasuklah satu bahagian dalam iPhone ini, namanya bateri. Bateri ini adalah bahagian yang paling disayangi oleh pengguna iPhone. Jadi mereka ini sangat mengambil berat akan perkembangan dan update terkini pada bateri iPhone mereka.

Akan tetapi keadaan terlalu sayang pada bateri iPhone ini ada juga tak bagusnya, lagi lagi bila Battery Health iPhone mereka ini turun beberapa peratus, 2-3 peratus atau sedikit lebih dari itu. Bila ini berlaku mereka mula bertanya di sana sini, mula Google bagaimana cara menaikkan semula Battery Health, dan ada yang lebih teruk adalah terus bawa ke pusat repair iPhone untuk tukar bateri yang baru.

Anda pula macammana, anda pun sayang iPhone seteruk macam tu ke?

Apa Jenis Bateri Sekalipun Akan Habis Dan Rosak Apabila Tiba Masanya

iPhone adalah sebuah alat yang tidak mortal, bermakna ia tidak akan kekal abadi. Sama sahaja seperti kita manusia yang tidak akan kekal abadi kat dunia ini. Selepas beberapa lama, sesebuah iPhone pasti akan sampai masanya untuk mula bermasalah, tidak kiralah berapa ribupun harga anda beli iPhone tersebut, lambat laun masa itu tetap akan sampai juga.

Ini bukanlah saya yang kata, ini adalah Apple sendiri yang kata.

Bateri iPhone juga begitu, ia tidak akan kekal abadi. Bateri adalah satu bahagian yang pasti akan habis, pasti akan haus, pasti akan rosak dan pasti perlu ditukar apabila tiba masanya. Anda tidak boleh menganggap bateri iPhone anda akan bertahan selama 100 tahun atau 200 tahun. Ia ada tarikh luputnya dan anda perlu faham perkara ini adalah meliputi semua jenis bateri seperti bateri kereta, bateri remote TV, bateri lampu suluh atau bateri jam tangan anda.

Buat Cross-Check Dengan Prestasi Ketahanan Bateri iPhone

Yang kedua, Battery Health hanyalah anggaran kesihatan bateri iPhone anda, yang dibaca oleh software iOS sendiri. Ia hanyalah anggaran sahaja, dan bukannya seratus peratus tepat dan benar. Ia cuma rujukan untuk anda buat cross-check dengan prestasi ketahanan bateri iPhone anda.

Apa maksudnya disini? Anda perlulah semak prestasi bateri iPhone anda dengan mengalaminya sendiri. Bateri iPhone adalah dalam keadaan baik jika ia boleh bertahan dari pagi hingga petang atau malam tanpa penggunaan yang terlalu keras. Terlalu keras disini adalah seperti bermain game, penggunaan GPS yang berterusan, penggunaan media sosial yang berterusan.

Jadi Dalam Keadaan Bateri Bagaimana Yang Perlu Membuatkan Saya Risau?

Jika bateri iPhone anda tak mampu lagi bertahan dari pagi hingga ke tengahari, masa ini baru anda patutnya risau. Kemudian jika Battery Health iPhone anda kekal pada 100% walaupun prestasi bateri tidak lagi baik, ya anda juga perlu risau.

Risau disini bukanlah bermakna iPhone anda akan rosak. Ia hanya bermakna anda perlu tukar bateri yang baru, itu sahaja.

Baca >> Cara Mengetahui Battery Health Sebenar Bila Nak Beli iPhone Secondhand di Tahun 2026