Ramai orang sekarang pilih untuk beli iPhone secondhand sebab harga lagi berbaloi, terutama untuk model premium seperti iPhone 12 Pro Max, iPhone 14 Pro, atau iPhone 15 Pro. Tapi dalam banyak-banyak perkara yang perlu anda check, satu benda yang paling ramai terlepas pandang adalah Battery Health (BH).
Bila kita cerita tentang iPhone secondhand yang ada dalam market Malaysia sekarang, isu Battery Health ni dah jadi agak rumit sikit. Kalau anda tak tahu cara nak check dengan betul, memang senang sangat kena tipu dengan penjual tanpa sedar.
Kenapa Battery Health iPhone secondhand tak boleh percaya?
Kalau dulu, kita boleh tengok sahaja dalam setting iPhone. Pergi ke Setting bahagian Battery, dan check Battery Health. Kalau nampak 90% ke atas, kira okay lah. Tapi sekarang situasi ni dah berubah. Banyak iPhone secondhand yang dijual di pasaran, anda boleh nampak yang BH dia tunjuk 100%. Nampak macam perfect, macam beli iPhone baru. Tapi realitinya, itu belum tentu betul.
Apa yang sebenarnya berlaku adalah Battery Health iPhone tu telah “dipam”.
Tapi anda jangan pula salahkan kedai atau penjual iPhone tu seratus peratus. Biasanya bukan kedai yang jual tu yang buat, tapi dari pihak supplier. Mereka guna teknik tertentu untuk reset atau manipulasi bacaan Battery Health tu supaya nampak 100%.
Apa sebab pihak pembekal ‘pam’ Battery Health iPhone secondhand ni?
Sebab permintaan pengguna sendiri. Dari dulu lagi, ramai pembeli iPhone secondhand memang berkeras nak beli iPhone yang Battery Health-nya tinggi. Kalau nampak 80% ke 85%, terus reject dan tah mahu beli. Jadi supplier pun “adjust” angka tu supaya nampak menarik.
Padahal, kalau kita fikir secara logik, iPhone yang dah digunakan 2 hingga 3 tahun, memang mustahil masih ada Battery Health 100% jika masih guna bateri asal.
Tanda Battery Health iPhone tidak realistik
Anda kena mula guna logik bila tengok Battery Health iPhone secondhand. Contoh mudah, kalau anda nak beli iPhone 13 Pro Max secondhand pada tahun 2026, dan seller kata bateri masih original dengan BH 100%. Adakah itu logik dan masuk akal?
Mesti lah tak. Usia iPhone 13 Pro Max dah masuk 5 tahun pada tahun ini (2026). Sangat lah impossible. Sebab penggunaan harian akan menyebabkan bateri degrade. Lagi lama guna, lagi banyak charging cycle berlaku.
Biasanya, bateri iPhone akan mula turun performance selepas 300 hingga 500 kali charge. Jadi kalau phone tu dah diguna bertahun oleh owner sebelum ini, mustahil cycle masih rendah dan Battery Health masih 100%.
Kalau nampak situasi macam ni, anda dah boleh mula syak sesuatu tak kena.
Cara paling tepat untuk check Battery Health iPhone yang sebenar (Setakat ini)
Kalau anda betul-betul serius nak tahu keadaan bateri iPhone secondhand tu, jangan tengok pada setting dalam iPhone sahaja. Cara paling tepat adalah dengan guna software khas. Software apa? Anda boleh guna software khas, ia dinamakan sebagai ‘3uTools‘.
Software ni percuma, dan anda boleh download dari Google dengan mudah. Tapi dengan satu syarat, anda kena lah gunakan laptop, bukan guna iPhone je. Nak guna laptop Windows pun boleh, nak guna MacBook pun boleh juga.
Klik disini untuk download —> https://www.3u.com
Cara nak guna software ni pun tak susah:
- Sambungkan iPhone ke laptop atau PC (guna cable)
- Buka software 3uTools & pergi ke bahagian battery info
- Tengok data seperti (1) Battery Health sebenar, dan juga (2) Charging cycle.
Di sinilah anda akan nampak real condition bateri tersebut. Kalau dalam iPhone tunjuk 100%, tapi dalam 3uTools tunjuk 75%, itu bermaksud BH yang dipaparkan dalam iPhone memang dah dimanipulasi.
Boleh ke bawa laptop yang ada software 3uTools pergi ke kedai jual iPhone?
Kalau anda tanya saya soalan ini, saya akan kata semestinya boleh. Anda bawa je laptop anda yang ada software 3uTools tu pergi ke tempat yang anda nak beli iPhone.
Bila seller tu keluarkan stock iPhone yang dia nak jual kepada anda, anda pun cucuk lah iPhone tu pada laptop. Dan mulakan buat semakan. Kalau seller tu marah, bermaksud dia taknak anda kantoi-kan stock dia. Apa lagi, cepat cepat blah dari kedai tu dan pergi ke kedai lain ya.
Kalau kita nak beli kereta secondhand, memang normal untuk kita bawa foreman untuk check kondisi kereta tu. Pemilik kedai kereta tu tak akan marah pun kalau ada foreman datang buat checking. Apa salahnya kita buat benda sama bila nak beli iPhone, kan?
Apa itu Charging Cycle? Ini konsepnya.
Ramai orang fokus kat peratus Battery Health je, tapi sebenarnya charging cycle pun penting jugak. Charging cycle ni sebenarnya adalah kiraan berapa kali bateri tu telah digunakan dari 0% ke 100%.
Sebagai contoh:
- 1 cycle = penggunaan penuh 100%
- Tak semestinya charge sekali je. Boleh jadi charge 2 kali 50%. Itu bersamaan 1 cycle juga.
Kalau anda nampak cycle dah cecah 400 atau 500, itu normal untuk phone lama. Tapi kalau BH masih 100%, itu memang pelik. Jadi, kombinasi antara charging cycle tinggi dan Battery Health 100% adalah red flag yang besar gila!
Tak Perlu Terlalu Kejar Battery Health Tinggi
Ini mindset yang ramai pengguna iPhone kena ubah. Battery Health tinggi memang nampak macam menarik, tapi jangan la sampai terlalu obses. Lebih baik anda beli iPhone dengan Battery Health yang sekitar 80% hingga 90% tetapi datanya yang jujur. Daripada beli iPhone BH 100% tapi sebenarnya dah diubah.
Tapi tu lah, nak betulkan mindset ni pun macam dah terlambat. Sebab kebanyakan iPhone secondhand yang berada dalam market di Malaysia ni, memang almost semua Battery Health-nya dah dipam dah pun!

Beli iPhone secondhand memang boleh jimat banyak duit berbanding beli iPhone baru. Tapi kalau anda tak berhati-hati, anda mungkin bayar mahal untuk sesuatu yang tak seperti yang dijanjikan.
Isu Battery Health iPhone secondhand yang ‘dipam’ ni memang sudah di-normalisasi di Malaysia ni sekarang. Jadi sebagai pembeli, anda kena lebih bijak dan jangan terlalu bergantung pada angka semata-mata. Ingat, guna software 3uTools okay!
Akhir kata, fahamkan asas bateri dan yang paling penting, jangan mudah percaya kata kata penjual. Bila anda tahu cara nak check dengan tepat, risiko untuk kena tipu akan jadi jauh lebih rendah.