Tukar Kaca Belakang iPhone: Mengapa Ganti Housing iPhone Bukan Pilihan Terbaik

Jika anda seorang pengguna iPhone, mungkin anda pernah rasa sedih bila iPhone anda terjatuh dan kaca belakangnya pecah. Anda mungkin rasa macam ini nasib malang, tetapi jangan risau kerana banyak kedai repair iPhone yang ada jalan penyelesaian yang tidak akan manghancurkan bajet anda secara total.

Daripada menukar keseluruhan body (atau housing) iPhone anda, anda boleh hanya tukar kaca belakang sahaja. Kaca ini kita panggil ‘Back Glass‘. Dalam artikel ini, kita akan tengok kenapa ini adalah pilihan terbaik.

Tukar Kaca Sahaja Pilihan Yang Lebih Baik

Pertama sekali, kita bincangkan kenapa menukar hanya kaca belakang adalah pilihan yang lebih baik daripada mengganti seluruh body. Apabila anda menukar keseluruhan body, ia melibatkan proses membuka iPhone anda. Bukan hanya buka, tapi mengeluarkan semua komponen yang ada dalam iPhone. Kemudian memindahkan semua komponen itu ke body yang baru dan kemudian memasang semula semuanya. 

1. Tukar keseluruhan body (atau housing) Lebih Rumit

Proses ini memakan masa dan skil. Oleh sebab itu lah kosnya menjadi lebih tinggi. Tambahan pula, ada risiko yang tinggi juga untuk komponen lain rosak atas sebab usia semasa proses pemindahan dibuat.

2. Mungkin housing baru bukan Original

Jika anda pilih untuk tukar housing (atau body iPhone) yang baru, ia berkemungkinan besar adalah housing yang bukan original dari Apple. Kerana nak mendapatkan housing yang asli adalah sangat susah ya. Hanya boleh dapat spare part yang dibuka dari iPhone lain sahaja.

Kalau anda fikir secara logik, kenapa iPhone lain taknak gunakan housing asalnya, dan dibuka untuk dijual kepada anda? Pasti sebab ada apa apa masalah, kan? Jadi, ia adalah opsyen yang kurang baik.

Dari sisi lain, menukar hanya kaca belakang adalah proses yang jauh lebih mudah dan murah. Kaca lama dikeluarkan, dan yang baru dipasang tanpa perlu memindahkan sebarang komponen lain. Mudah bukan?

Pilih tempat atau kedai yang betul untuk tukar kaca belakang iPhone

Penting untuk anda sebagai pelanggan untuk mencari kedai atau pusat repair iPhone yang boleh dipercayai yang dapat buat proses ini. Anda boleh tengok semua media sosial kedai repair iPhone berdekatan anda. Pastikan mereka ada track record yang menunjukkan mereka pernah tukar back glass iPhone lain sebelum ini.

Risiko yang tinggi untuk anda jika anda menghantar iPhone ke kedai yang tidak pakar buat proses ini. Mengapa? Sebab, nak buka back glass yang pecah bukanlah proses yang mudah. Dan juga ada kemungkinan technician yang tak pakar, akan merosakkan pad wireless charging yang berada betul betul di belakang back glass.

Anda taknak fungsi wireless charging iPhone anda rosak, kan?

Taliponiesta Tawarkan iPhone Pinjaman Sementara Semasa iPhone Anda Dibaiki

Kelebihan lain memilih Taliponiesta untuk penggantian kaca belakang iPhone anda adalah kami menawarkan iPhone pinjaman sementara. Kami faham bahawa untuk tinggalkan iPhone anda beberapa jam atau hari boleh menjadi tidak selesa Jadi kami berusaha untuk memberikan anda sebuah iPhone pinjaman sementara semasa iPhone anda dibaiki. Semestinya, perlu ada deposit apabila anda pinjam iPhone Sementara ini dari kami di Taliponiesta.

Anda juga boleh yakin bahawa iPhone anda berada di tangan yang selamat, kerana kami menyediakan waranti (jaminan) untuk setiap repair. Ketenangan fikiran untuk anda, betul?

(Update pada 31 Disember 2024: Maaf kerana Taliponiesta tak lagi menawarkan servis repair iPhone. Anda boleh dapatkan servis repair iPhone di pusat repair yang anda percaya, selain dari Taliponiesta. Okay?)

Baca >> Faktor Motherboard iPhone Rosak dan Cara Mengelakkannya