Waktu Operasi Taliponiesta Sebelum Ini
Sebelum ini, Taliponiesta beroperasi dari 10 pagi hingga 7 malam. Kami faham, waktu operasi kami ini membuatkan anda terkejar-kejar selepas waktu kerja (5.30 petang) untuk datang ke Taliponiesta. Ada beberapa jenis repair iPhone yang mengambil masa dalam 1 jam, membuatkan kami tak sempat nak siapkan iPhone anda pada hari yang sama. Sudahnya, hanya untuk tukar skrin iPhone akan membuatkan anda perlu tinggalkan iPhone. Tapi kini tidak lagi begitu!
Waktu Operasi Kami Yang Baru
Setelah kami susun dengan baik satu persatu bahagian dan perbincangan dengan pihak owner, kami telah putuskan untuk menambah waktu operasi kami bermula 1 Oktober 2022. Waktu operasi terkini adalah dari 10 pagi hingga 10 malam!
Ya benar, dari jam 10 pagi hingga 10 malam tau. Jadi anda tak perlu lagi berkejar-kejaran dari tempat kerja untuk datang ke Taliponiesta. Anda boleh chill-chill sahaja. Selepas balik kerja jam 5.30 petang boleh balik rumah dulu. Bersiap dengan tenang, bawa family sekali dan boleh terus datang ke Taliponiesta pada waktu malam. Best kan?

Di Mana Lokasi Taliponiesta?
Taliponiesta terletak di Kemayan Square, Seremban. Berdekatan dengan Palm Mall dan KPJ Hospital di Seremban. Kalau anda tak pernah datang ke Taliponiesta, saya mencadangkan anda untuk gunakan Waze atau Google Maps, dan taip sahaja ‘TALIPONIESTA’, anda pasti sampai!
Jika anda berada di Seremban, kurang 15 minit pasti anda boleh sampai ke Taliponiesta.
Jika anda berada di Senawang, kurang 15 minit pasti anda boleh sampai ke Taliponiesta.
Jika anda berada di Rembau, kurang 25 minit pasti anda boleh sampai ke Taliponiesta.
Jika anda berada di Port Dickson, kurang 30 minit pasti anda boleh sampai ke Taliponiesta.
Jika anda berada di Nilai, kurang 25 minit pasti anda boleh sampai ke Taliponiesta.
Boleh Repair iPhone Pada Waktu Malam? Contohnya Tukar Skrin Atau Bateri
Kami sentiasa bersedia untuk repair iPhone anda, tak kira anda datang pada jam 10 pagi, 4 petang atau 9 malam, technician kami bersedia untuk tukarkan bateri, skrin dan lain-lain bahagian yang perlu. Bawa sahaja iPhone anda ke Taliponiesta dan technician kami akan uruskan semuanya ya!
Tulisan oleh,
