“Teringin nak pakai iPhone bila tengok kawan-kawan semua pilih iPhone sebagai peranti pilihan mereka. Dah lah kamera cantik, data pun boleh sentiasa back up. Nak juga beli satu tapi bajet tak cukup”
Anda pernah dengar tentang pelan bayaran ansuran? Untuk beli phone pun, sekarang ni dah ada pelan ansuran bulanan tau. Ha… Menarik kan? Impian anda untuk memiliki sebuah iPhone kini bakal jadi kenyataan!
“Di mana saya boleh mohon pelan ansuran iPhone ya?”
Sudah tentu, Taliponiesta lah jawapannya! Taliponiesta yang dahulunya menawarkan pusat jualan Premium Used iPhone dan membaiki iPhone, kini kami turut menawarkan pelan ansuran bulanan untuk iPhone yang baru tau.
“Nak mohon tapi malaslah. Mesti leceh prosesnya kan? Nak kena walk in lah, nak itu lah, nak ini lah. Kang kalau tak walk in, tak tau informasi yang tepat. Lepas tu, takut kot scammer ke pula. Haish, susah lah…”
Jangan risau, di Taliponiesta, anda tidak akan mengalami permasalahan-permasalahan tersebut. Kenapa? Mari saya terangkan, betapa mudahnya proses untuk anda dapatkan ansuran iPhone di Taliponiesta.
Tak perlu walk-in ke kedai untuk membuat permohonan. Kan lebih mudah online je!
Di Taliponiesta, kami menyediakan beberapa medium online untuk memudahkan anda reach kami. Sebagai contoh, anda boleh berhubung dengan kami melalui instagram, facebook dan whatsapp untuk mendapatkan info lanjut mengenai plan ini. Admin kami sedia membantu anda untuk sebarang pertanyaan yang berada di fikiran anda dan sekaligus membuat anda yakin yang anda tidak berurusan dengan scammer.
Selain itu, Taliponiesta juga menyediakan laman sesawang yang lebih memudahkan anda untuk apply plan yang anda pilih. Di laman sesawang ini, anda boleh memuat naik terus dokumen tanpa ragu-ragu kerana semua maklumat dan dokumen yang anda berikan akan dijaga dengan rapi. Seterusnya, anda hanya perlu tunggu mesej dari kami yang menyatakan sama ada permohonan anda lulus ataupun sebaliknya.
Dokumen asas yang sangat mudah.
Untuk memohon pelan ansuran di Taliponiesta, anda hanya perlu menyediakan dua sahaja dokumen sebagai lampiran sokongan. Dokumen tersebut adalah
- Salinan kad pengenalan, dan
- Penyata gaji yang terkini.
Anda tidak perlu menghantar dokumen-dokumen ini secara hardcopy di kedai kami kerana kami hanya memerlukan salinan secara softcopy sahaja. Anda boleh tangkap gambar sahaja untuk kedua-dua dokumen dan terus muat naik di laman sesawang kami atau hantar terus ke wakil kami yang sedang keep in touch dengan anda.
Pengurusan permohonan yang pantas oleh pasukan Taliponiesta.
Sekiranya anda menghubungi kami melalui media sosial dan mengatakan yang ada berminat untuk memohon, selalunya admin kami akan memberi nombor telefon anda kepada team bahagian instalment kami. Team kami akan sepantasnya menghubungi anda dalam tempoh masa bekerja untuk membantu anda serta mendapatkan dokumen daripada anda. Seterusnya, permohonan anda akan diproses serta merta sejurus mendapat dokumen dan maklumat yang lengkap.
Bagi anda yang memohon melalui laman sesawang beserta dokumen yang lengkap, sudah pasti permohonan anda akan lebih cepat diproses kerana team kami tidak perlu menghubungi anda sebelum permohonan anda diproses. Anda hanya perlu tunggu mesej yang mengatakan status permohonan anda layak atau tidak sahaja selepas keputusan keluar.
Tempoh masa kelulusan yang singkat.
Untuk mengetahui status permohonan anda, selalunya ia memakan masa 1 ke 3 hari jika tiada sebarang follow up yang diminta oleh pihak loan. Tetapi jika ada yang perlu di follow up, selalunya ia akan mengambil masa yang lebih dan bergantung juga atas kerjasama anda.
Dan sekiranya permohonan anda lulus, anda hanya perlu menunggu 1 ke 3 hari untuk kami serahkan iPhone ke tangan anda. Total keseluruhan, hanya dalam seminggu sahaja kesemuanya boleh selesai.
Mudah bukan untuk apply ansuran di Taliponiesta? Apa tunggu lagi, ayuh apply di Taliponiesta hari ini juga! Realisasikan impian anda untuk memiliki iPhone idaman anda.
Klik untuk senarai harga ansuran bulanan iPhone.
Tulisan oleh,

Baca > iPhone 14 Kini Ada Di Taliponiesta & Dapatkan Secara Ansuran Bulanan Atau Tunai
Terbaik
Terima kasih atas sokongan anda!
0 thoughts on “Mudahnya Proses Dapatkan iPhone Secara Ansuran Di Taliponiesta”