Mengapa Kamera Belakang iPhone 6 Plus Anda Tiba Tiba Bergegar?

Kepada pengguna iPhone 6 Plus dan iPhone 6s Plus, pernah tak kamera belakang iPhone anda menjadi bergegar (shaking) macam dalam gambar di bawah?

Ini adalah isu biasa (common issue) bagi iPhone model 6 Plus dan 6s Plus, iaitu kamera belakangnya adalah terdedah kepada kerosakan (prone to damage). 

Seperti yang diberitahu, kamera belakang bagi dua model ini iaitu iPhone 6 Plus dan 6s Plus adalah terdedah kepada kerosakan, bukannya pasti akan rosak, yang mana membawa maksud kamera belakang ini lebih mudah bermasalah apabila di ‘trigger‘.


Apakah maksud kamera belakang iPhone di Trigger?

Kamera belakang untuk iPhone model 6 Plus dan 6s Plus lebih mudah menjadi rosak jika ia terhempas dengan kuat. 
.
Tidaklah saya katakan bahawa jika iPhone model lain, contohnya iPhone X, tidak akan rosak apabila terjatuh dan terhempas dengan kuat. Hanya untuk iPhone 6 Plus dan 6s Plus, ia lebih terdedah kepada kerosakan berbanding iPhone model yang lain.


Unit Kamera Belakang iPhone 6 Plus Yang Rosak dan Perlu Diganti

Jadi Apakah Solusi dan Penyelesaian Untuk Masalah Kamera Belakang Yang Bergegar?

Solusi tetapnya hanyalah satu iaitu dengan melakukan pembaikan, yang kita namakan ‘iPhone Back Camera Replacement‘, atau ‘Penggantian Kamera Belakang iPhone’. 
.
Pastinya anda terfikir, mengapakah ia perlu diganti dan bukan diperbaiki sahaja?
.
Back camera unit yang diperbaiki pasti tidak akan tahan lama. Selepas beberapa bulan atau selepas beberapa minggu pastinya ia akan menghadapi masalah yang sama semula. Jadi cadangan kami, dapatkan camera unityang baru, dan bukannya baiki camera unit yang sudah rosak.


Berapakah kos untuk membaiki kamera belakang yang rosak?

Di Taliponiesta, kos untuk membaiki kamera belakang yang sudah rosak untuk iPhone 6 Plus dan iPhone 6s Plus adalah seperti di bawah :
.
iPhone 6 Plus Back Camera Replacement – Rm 150
iPhone 6s Plus Back Camera Replacement – Rm 200
(Updated as of 6 Feb 2021)

Bagaimana untuk mendapatkan servis dari Taliponiesta?

Klik sahaja kotak di bawah ni okay!https://www.taliponiesta.com/iphone-repair-and-services/embed/#?secret=fWdG7mglZD

Perkongsian oleh yang tidak hisap vape di dalam tempat kerja,