Adakah benar membeli iPhone terpakai lebih baik berbanding dengan membeli iPhone baru? Lagi lagi jika sesebuah iPhone itu baru sahaja dilancarkan. Berikut adalah beberapa sebab mengapa membeli iPhone terpakai mungkin adalah pilihan yang lebih baik daripada membeli yang baru.
Kos Yang Lebih Rendah Untuk iPhone Terpakai
Salah satu kelebihan yang paling ketara apabila anda beli iPhone terpakai adalah ia menjimatkan kos. Biasanya, harga iPhone terpakai jauh lebih rendah berbanding model yang baru. Ini membolehkan anda memperoleh iPhone yang semestinya berkualiti tinggi dengan harga yang lebih rendah.
Ciri Ciri Yang Seakan Sama
Saya bagi contoh kita bandingkan antara iPhone 13 dan iPhone 14. Kebanyakan ciri ciri yang ada pada iPhone 14 (yang baru) ada pada iPhone 13 (yang setahun lebih lama). Penambahbaikan yang dibuat yang boleh dirasai sedikit, hanyalah pada kamera. Kemungkinan ada pengguna yang tak akan rasa apa apa perubahan pun pada kamera.
Ada juga penambahbaikan pada iPhone 14 yang tak ada pada iPhone 13. Contohnya adalah fungsi Emergency Satellite SOS dan juga Car Crash Detection. Kemungkinan, kedua dua fungsi baru ini pun anda tak akan guna.
Waranti Juga Ada Untuk iPhone Terpakai
Walaupun ramai orang menganggap hanya dengan membeli iPhone baru sahaja dilengkapi dengan waranti, membeli iPhone terpakai juga boleh datang dengan waranti. Ia bergantung pada penjual. Jika di Taliponiesta, semestinya kami akan berikan waranti untuk pembeli iPhone set terpakai disini.
Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati dan membeli hanya dari penjual atau sumber yang anda percaya. Ini kerana zaman ini, terlalu banyak scammer yang sedang berusaha mendapatkan wang dengan menipu pembeli. Apatah lagi yang lebih minat untuk beli barang secara online. Saya sendiri pun agak pelik bagaimana sesetengah orang boleh percaya 100% dan transfer wang dalam jumlah besar kepada individu yang menjual di platform seperti Facebook marketplace atau Mudah.
‘Penyakit Keturunan’ iPhone Baru Tidak Dapat Dipastikan
Ada beberapa model iPhone yang dilancarkan dahulu mempunyai ‘penyakit keturunan’. Contohnya iPhone 6 Plus yang kamera belakangnya sangat mudah bergegar apabila terdedah kepada hentakan. Contoh kedua pula iPhone 13 Pro Max, yang ramai juga terkena White Screen of Death (WSOD). Jadi bagi sebuah iPhone yang baru, kita tak pasti lagi apakah kekurangan yang ada pada model tersebut.
Kesimpulannya
Perlu anda ingat bahawa terdapat juga beberapa risiko yang berkaitan dengan membeli barangan elektronik terpakai. Contohnya seperti kamera iPhone yang rosak atau tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, adalah penting untuk melakukan penyelidikan anda sendiri dan membeli dari sumber yang dipercayai untuk memastikan anda mendapatkan produk yang berkualiti. Disini saya ingin tekankan, Taliponiesta semestinya ada menjual iPhone terpakai dengan kualiti yang paling tinggi ada dalam pasaran.
Kami melakukan Quality Control (QC) yang mendalam bagi setiap unit iPhone terpakai yang datang dari Apple Supplier untuk pastikan hanya yang terbaik akan dijual. Jika sesebuah iPhone itu tak melepasi QC kami, unit itu akan kami pulangkan kepada pihak warehouse. Tambahan pula, kami memberikan waranti juga bagi pembelian iPhone terpakai di Taliponiesta.
Tulisan oleh,

Baca > Ulang Tahun Ke 5 Taliponiesta Pada Hari Ini 6 September 2022