Jika anda pernah membeli iPhone baru mahupun terpakai, pastinya anda akan diberi waranti oleh penjual tidak kira samada penjual persendirian, kedai telefon mahupun Apple Authorised Reseller seperti Switch atau Machines.
Pada kebiasaannya jika anda membeli iPhone berstatus baru, anda akan diberi jaminan waranti selama satu tahun terus kepada Apple. Kemudian jika anda membeli iPhone berstatus terpakai (used) kebiasaannya anda akan diberi waranti selama 10 hari atau dua minggu.
Oh ya sedikit selingan, tetapi jika anda beli used iPhone di Taliponiesta,
Anda akan menerima waranti selama satu bulan kerana iPhone yang dijual di Taliponiesta adalah berstatus Premium Selection Used iPhone!
Kita berbalik kepada mauduk asal, anda menerima waranti dari penjual samada setahun (untuk iPhone baru) atau dua minggu (untuk iPhone terpakai) atau satu bulan (untuk Premium Selection Used iPhone di Taliponiesta).
Tetapi jika anda baca atau dengar dengan baik penjelasan penjual, jaminan waranti akan tamat atau waranti tidak akan melindungi skrin iPhone anda yang pecah.
Tiga Penjelasan Berkaitan Waranti Yang Anda Perlu Tahu
- Makna Waranti adalah jaminan.
Sesuatu Waranti yang deberikan kepada anda adalah jaminan bahawa produk itu tidak akan bermasalah dan pemasangan dari kilang adalah baik dan tiada apa apa kerosakan.
Anda boleh fahamkan penjelasan pertama ini menerusi dialog ini ‘Saya jamin produk ini dalam keadaan baik sekarang dan pastinya baik dalam masa satu bulan lagi’. - Skrin pecah adalah atas kekhilafan sendiri.
Kerosakan iPhone seperti skrin pecah akibat terjatuh adalah berpunca dari kesilapan dan kekhilafan anda sendiri. Ia tidak termasuk dalam jaminan bahawa iPhone yang berada dalam keadaan baik tidak akan rosak jika anda jatuhkannya. - Waranti bukanlah Insurans.
Waranti yang diberikan oleh penjual bukanlah bertindak seperti insurans seperti yang ada pada kereta anda.
Jika anda beli kereta Toyota contohnya, anda akan terima waranti dari Toyota dan anda juga perlu dapatkan insurans.
Waranti mengatakan ‘Kereta yang anda beli, kami beri jaminan ia dalam keadaan baik dan akan baik dalam masa 1 tahun’.
Insurans mengatakan ‘Kereta yang anda beli, kami akan beri bantuan jika terlibat kemalangan walaupun ia berpunca dari kekhilafan anda sendiri’.
Disini anda boleh lihat perbezaan membeli kereta dan membeli iPhone.
Kemudian, anda boleh lihat perbezaan antara waranti dan insurans.
Dan anda sudah boleh lihat perbezaan bahawa membeli kereta ada waranti dan insurans, manakala membeli iPhone ada waranti tanpa insurans.
Selain itu, anda juga boleh lihat perbezaan skrin iPhone pecah dan cermin kereta pecah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda memahami mengapa jika skrin iPhone anda pecah, anda tidak boleh buat tuntutan atau ‘claim’ dari penjual.
Jika anda perlu membuat penukaran skrin iPhone anda di Taliponiesta, anda boleh terus ke laman web www.taliponiesta.com.
Artikel ini ditulis dalam keadaan sedikit marah kerana tadi ada pelanggan nak claim warranty selepas skrin pecah sebab terjatuh. Oleh saya,

Baca > Kenapa Motherboard iPhone Kerap Rosak? Apa Cara Mengelakkan Motherboard Cepat Bermasalah?