Kenapa Ada iPhone Yang Tak Tunjuk Peratus Battery Health

Anda mungkin pernah dengar yang ada sesetengah iPhone tak lagi menunjukkan peratus Battery Health selepas tukar bateri. Kenapa ini berlaku? Dalam artikel ini saya akan terangkan sebab di sebalik isu ini.

iPhone Lama vs. iPhone Baru

Untuk iPhone model lama, seperti iPhone 5 atau iPhone 7 Plus sampailah iPhone X, proses tukar bateri adalah lebih mudah. Setiap kali bateri baru dipasang, Battery Health akan terus keluar 100%. Ini menunjukkan bahawa bateri itu memang baru. Bermakna technician boleh tukar bateri iPhone ni tanpa perlu risau tentang masalah bacaan Battery Health.

Walaubagaimanapun bermula dengan model iPhone XS dan ke atas (contohnya iPhone XS Max, 13 Pro Max), Apple telah perkenalkan satu mekanisme tambahan yang melibatkan cip khas untuk baca Battery Health ni.

Cip Unik untuk Setiap iPhone

Bateri iPhone moden mengandungi cip khas yang dipadankan dengan motherboard iPhone tersebut. Cip ini berfungsi untuk membaca data Battery Health dan memastikan bahawa bateri yang digunakan adalah bateri yang asal untuk iPhone itu sendiri.

Apabila bateri ditukar dengan bateri baru tanpa pemindahan cip ini, sistem iPhone akan gagal mengenali bateri tersebut sebagai “bateri yang sah”. Maksudnya iPhone kita fikir bahawa bateri itu adalah bateri yang bukan dia punya. Akibatnya, peratus Battery Health tidak akan dipaparkan, dan kita sebagai pengguna ni mungkin akan nampak notifikasi contohnya macam ni :

“Unable to verify this iPhone has a genuine Apple battery” ataupun
“Important Battery Message”

Contoh notifikasi “Important Battery Message

Sama Dengan Face ID

Konsep ini sama seperti Face ID. Jika kita cuba pasang komponen Face ID dari iPhone A ke iPhone B, walaupun kedua-duanya adalah model yang sama, Face ID ni pasti tak akan berfungsi kerana ia unik kepada setiap iPhone. Begitu jugak lah dengan cip bateri – ia memang direka khas untuk match dengan iPhone yang asal. Agak agak apa sebabnya Apple buat macam ni? Hehe. Mesti lah sebab taknak korang tukar battery kat kedai repair iPhone yang tak authorised dengan Apple, yang mana selalunya harganya memang lebih murah. Macam di kedai phone saya di Seremban dulu, Taliponiesta Trading, kami buat penukaran bateri dengan harga yang memang Harga Rahmah tau!

Adakah Ini Petunjuk Bateri Itu Palsu?

Tak semestinya. Walaupun Battery Health tak keluar, bateri masih boleh berfungsi dengan baik jika ia adalah bateri berkualiti tinggi dan dipasang oleh technician yang berpengalaman.

Namun, jika anda nak pastikan bateri iPhone boleh baca Battery Health dengan baik, anda perlu mendapatkan servis dari kedai repair phone (atau technician) yang boleh tukar bateri dengan servis tukar chip ni sekali.

Baca juga — Bila Perlu Tukar Bateri iPhone? Adakah Perlu Tukar Bila Battery Health Turun Ke 95% Atau 90%?

Kesimpulan

Apple semakin hari semakin mengetatkan kawalan untuk penukaran komponen iPhone, termasuklah bateri. Pengguna iPhone model yang lebih baru ni perlu sedar bahawa proses menukar bateri iPhone sekarang ni bukan lagi macam dulu. Kalau anda nak tukar bateri iPhone anda, pastikan anda mendapatkan khidmat dari pusat servis yang boleh memindahkan cip bateri asal untuk mengekalkan fungsi Battery Health. Kalau tak, anda perlu bersedia untuk menggunakan iPhone tanpa tanpa menunjukkan peratus Battery Health.

Semoga artikel ini membantu anda memahami mengapa sesetengah iPhone tidak lagi menunjukkan Battery Health selepas pertukaran bateri!