Kamera Belakang iPhone 6 Plus Bergegar. Perlu Repair Ke?

Kepada pengguna iPhone 6 Plus dan iPhone 6s Plus, pernah tak kamera belakang iPhone anda tiba tiba jadi bergegar? Sebenarnya perkara ini adalah common issue bagi model iPhone 6 Plus dan 6s Plus. Kamera belakang untuk kedua dua model iPhone ini adalah sangat mudah terdedah kepada kerosakan (prone to damage). Lagi lagi jika iPhone anda kerap mengalami getaran atau selalu terkena hentakan.

Seperti yang saya ditulis di perenggan diatas saya tidak maksudkan bahawa ia pasti akan rosak, tetapi maksud saya adalah kamera belakang (main camera) untuk dua model iPhone ini lebih mudah bermasalah apabila di ‘trigger‘ berbanding dengan model iPhone yang lain.

Siapakah yang berisiko tinggi kepada masalah ini? Mereka yang bekerja sebagai rider FoodPanda atau GrabFood adalah yang paling berisiko tinggi. Pada kebiasaannya iPhone mereka akan dilekatkan pada motosikal untuk kemudahan tengok GPS seperti Waze dan Google Maps. Bila iPhone dilekatkan pada motosikal, gegaran pada motosikal itu akan diterima oleh iPhone.

Apakah maksud kamera belakang iPhone di Trigger?

Kamera belakang untuk iPhone model 6 Plus dan 6s Plus lebih mudah menjadi rosak jika iPhone ini terhempas dengan kuat dan juga terdedah kepada getaran (vibration) yang berterusan. Tidaklah saya katakan bahawa jika iPhone model lain, contohnya iPhone X atau iPhone 12, tidak akan rosak apabila terjatuh dan terhempas dengan kuat. Cuma bagi iPhone 6 Plus dan 6s Plus, ia lebih mudah terdedah kepada kerosakan berbanding iPhone model yang lain.

Jadi Apakah Penyelesaian Untuk Masalah Kamera Belakang Yang Bergegar?

Solusi tetapnya hanyalah satu iaitu dengan melakukan pembaikan yang kita namakan ‘iPhone Back Camera Replacement‘ atau dalam bahasa Malaysianya disebut sebagai ‘Penggantian Kamera Belakang iPhone’. Pasti anda terfikir, mengapakah ia perlu diganti dan bukan diperbaiki sahaja?

Back camera unit yang diperbaiki pasti tidak akan tahan lama. Selepas beberapa bulan atau selepas beberapa minggu pastinya ia akan menghadapi masalah yang sama semula. Jadi cadangan kami adalah dapatkan camera unit yang baru, dan bukannya baiki camera unit yang sudah rosak tetapi diperbaiki semula.