Hai semua pembaca, apa khabar? Hari ini saya nak ceritakan tentang kaca belakang iPhone yang pecah. Apa langkah terbaik yang boleh diambil untuk betulkan kaca ini?
Dari iPhone Berbadan Aluminium Ke iPhone Berbadan Kaca
Bahagian belakang iPhone telah diubah oleh Apple dari material aluminium kepada material kaca bermula dari iPhone 8 dahulu lagi. Pertukaran dari material aluminium kepada material kaca ini telah mengubah rupa bentuk sesebuah iPhone. Ia nampak lebih bergaya dan classy dengan kesan kilat dan pantulan cahaya pada belakang badan iPhone itu.
Dalam dunia ini tiada apa perkara yang sempurna. Apabila sesuatu perkara itu ada kelebihan, ia pasti ada kekurangan. Dalam cerita tentang kaca belakang iPhone ini, kelebihan kaca belakang iPhone ada dua iaitu ia nampak cantik dan haba dalaman lebih mudah dirembeskan berbanding badan Aluminium seperti pada iPhone 6 dan iPhone 7 dahulu.
Tetapi kekurangannya adalah ia diperbuat dari kaca. Apabila material kaca digunakan, kita seharusnya sudah sedia maklum bahawa kaca adalah salah satu benda dalam dunia ini yang mudah pecah. Jadi inisiatif untuk menjaga kaca belakang iPhone haruslah diambil. Walaubagaimanapun kita semua manusia dan tak terlepas dari melakukan kesilapan. Kadang kala atas kecuaian, kaca belakang iPhone tetap pecah apabila terjatuh hatta kita gunakan casing yang paling protective sekalipun.
Ada Cara Lain Selain Dari Tukar Keseluruhan Badan iPhone?
Apabila kaca belakang iPhone anda pecah, kebiasaannya kedai repair akan mencadangkan anda untuk terus tukar housing (atau keseluruhan body). Tetapi awas! Itu bukanlah langkah paling ekonomikal yang anda perlu ambil. Ada satu cara yang membolehkan anda betulkan kaca belakang iPhone anda yang pecah tu tanpa menukar keseluruhan badan iPhone anda.
Anda hanya perlu tukar kacanya sahaja. Ya betul, bunyi seperti pelik sedikit kerana jarang didengar dan jarang dilakukan tetapi inilah realitinya. Ia boleh dilakukan di Taliponiesta. Tetapi dengan syarat bahawa badan (body) iPhone anda tidak boleh ada kesan bengkok atau twisting. Jika ada kesan bengkok atau twisting, proses tukar kaca belakang sahaja tak boleh dilakukan.
Baca juga — Tukar Kaca Belakang iPhone: Mengapa Mengganti Seluruh Rumah Bukanlah Pilihan Terbaik
iPhone Model Apa Yang Boleh Tukar Kaca Sahaja?
Kesemua iPhone yang menggunakan material kaca di belakangnya, kaca itu boleh ditukar. Anda gunakan iPhone X, kaca belakangnya boleh ditukar. Bagaimana dengan iPhone 11 Pro? Kaca belakangnya boleh ditukar. iPhone 12 Pro Max pula bagaimana? Semestinya kaca belakangnya boleh ditukar. Dan iPhone XR pula? Jika iPhone 12 Pro Max pun boleh ditukar, apatah lagi iPhone XR. Di Taliponiesta, pasti boleh!