Assalamualaikum, selamat pagi dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini adalah hari Sabtu 19 September 2022. Hari ini kita akan mengundi dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 Malaysia. Kumpulan yang mana satu bakal memenangi PRU kali ini? Sama sama kita tunggu dan ikuti update sehingga lewat malam. Saya juga tak terkecuali akan mengikuti update setiap satu kawasan samada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Harapan saya adalah parti politik yang saya minati akan memenangi PRU kali ini!
Hujan Lebat Pada Petang Hari PRU 15 Sabtu Ini
Walaubagaimanapun bukanlah cerita PRU yang saya ingin bawakan, tetapi laporan kaji cuaca yang merisaukan saya. Pada hemat ramalan kaji cuaca, hari ini akan berlaku hujan yang lebat terutamanya pada waktu petang. Bukan sahaja hujan bahkan ribut petir juga kemungkinan akan melanda beberapa kawasan di Malaysia.
Saya ingin menasihati anda yang keluar mengundi pada hari ini yang mana kawasan anda hujan dan ribut petir. Jagalah iPhone anda dan elakkan iPhone anda dari terkena air hujan dan jangan pula iPhone anda terjatuh dalam lopak air yang bertakung di tepi jalan. Ini pastinya akan membawa kesan buruk kepada iPhone anda. Ini kerana selain dari haba, air adalah antara musuh utama peralatan elektrik dan elektronik.
Betulkah Perlu Tinggalkan iPhone Dalam Bekas Simpanan Beras?
Andai kata iPhone anda dimasuki air, tak kira lah air hujan, air milo, air sungai, air masin atau air berkarbonat, adakah anda perlu meninggalkan iPhone anda dalam bekas simpanan beras seperti yang anda biasa dengar dari mulut keluarga atau rakan anda tu? Okay mari sini saya nak jelaskan.
Kenapa anda perlu dengar pendapat dan hujah saya? Kerana saya ada pengalaman dalam penjualan dan pembaikan iPhone lebih dari 7 tahun. Saya telah jumpa sangat banyak kes kes berkaitan iPhone yang dimasuki air dan pelbagai mitos dan cerita dongeng telah saya dengar dari para pelanggan saya.
Sebab Apa Mereka Kata Tinggalkan Dalam Bekas Beras?
Mereka kata tinggalkan iPhone anda dalam bekas berisi beras kerana kononnya kondisi bekas simpanan beras yang sangat kering akan menyerap segala partikel air yang berada dalam iPhone anda. Kemudian selepas beberapa lama, air itu akan kering kerana diserap oleh beras. Ini adalah mitos, tidak berasas dan juga sangat merepek!
Saya sendiri telah buat eksperimen ini pada sebuah iPhone lama saya. Dengan sengaja saya masukkan air dan saya tinggalkan dalam bekas simpanan beras. Selepas tiga hari saya keluarkan iPhone itu dan seperti yang disangka, air yang ada dalam iPhone itu masih berada disana!
Jadi Apa Tindakan Yang Paling Tepat?
Anda perlulah mematikan iPhone anda sejurus sahaja anda tahu bahawa ada air yang telah masuk mencerobohi iPhone. Selepas itu bawalah iPhone anda ke Taliponiesta (Yang kini beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam) dan technician kami akan membuat semakan secara visual, fizikal dan teknikal. Ini adalah untuk kenalpasti bahawa iPhone anda masih selamat atau telah mula bermasalah.
Jika iPhone anda masih berada dalam keadaan baik, technician di Taliponeista akan melakukan proses untuk keluarkan semua partikel air yang ada dalam iPhone dan mula keringkan iPhone anda. Selepas beberapa lama dalam proses ini, iPhone anda sudah boleh dihidupkan semula dan digunakan seperti biasa.
Sekiranya pula iPhone anda telah mula bermasalah, technician akan keluarkan dan keringkan segala kesan air yang ada dan akan mula teruskan proses yang lebih rumit sekiranya air yang masuk sudah mula mengganggu motherboard. Kadang kala proses ini boleh mengambil masa sehingga 2-3 jam, ada pula kes yang ia boleh ambil sehingga 7-10 hari untuk dibaiki.
Apa yang paling penting, berterus teranglah kepada technician bahawa iPhone anda dimasuki air dan beritahu informasi yang sebenar seperti dimasuki air apa, bila dimasuki air dan sudah berapa lama iPhone anda dimatikan. Jangan beri informasi yang salah kerana itu hanya akan melambatkan proses pembaikan iPhone anda sendiri. Anda juga yang lambat dapat iPhone nanti!