Skip to content

iPhone 14 Kini Ada Di Taliponiesta & Dapatkan Secara Ansuran Bulanan Atau Tunai

Hai, apa khabar semua? iPhone 14 series yang dilancarkan bulan September yang lepas, kini available di Taliponiesta. Dapatkan iPhone 14 di Taliponiesta dengan dua cara iaitu secara tunai dan ansuran bulanan.

iPhone Model Apa Yang Boleh Dimohon Untuk Ansuran Bulanan?

Model model iPhone 14 Sereis yang boleh anda mohon untuk bayaran secara ansuran bulanan adalah seperti yang berikut:

iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro & iPhone 14 Pro Max.

Seperti gambar dibawah ini, pelanggan ini dapatkan iPhone 14 Pro. Nampak menarik? Memang menarik!

iPhone 14 Pro. Dapatkan secara tunai atau ansuran bulanan di Taliponiesta.

Senarai Harga Ansuran Bulanan iPhone 14.

Anda boleh klik pada link ini untuk melihat senarai harga ansuran bulanan iPhone ini. Anda boleh pilih antara pembayaran semula selama 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan. Dan jika anda ada cash lebih, anda juga boleh buat down-payment. Dan selebihnya boleh buat bayaran secara ansuran. Menarik kan?

Dalam tahun ini sahaja ada lebih dari 1,000 orang telah berjaya mendapatkan iPhone secara ansuran bulanan di Taliponiesta. Tak ketinggalan juga android phone seperti Samsung, Vivo, Oppo, Google Pixel dan Nothing Phone.

Anda peminat Android phone? Bolehlah mohon secara ansuran bulanan di Taliponiesta. Kami akan berusaha sedaya upaya supaya anda dapat pakai phone kegemaran anda tanpa perlu bayar secara tunai!

Oh ya, selain dari itu ada juga pelanggan kami yang mohon untuk ansuran Play Station 5 (PS5) dan ramai juga yang telah lulus. Walaupun kadang kala berlaku juga masalah seperti kekurangan stok dari pihak pemborong, tetapi itu tak menjadi masalah. Hanya kesabaran anda sahaja yang diperlukan untuk menunggu stok sampai.

Klik untuk follow kami di Instagram sekarang! @taliponiestamy

Apa Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mohon Ansuran Bulanan?

Anda hanya perlu sediakan beberapa dokumen untuk mohon ansuran bulanan iPhone di Taliponiesta ini. Dokumen yang diperlukan sangat mudah, tak perlu nak pergi ke mana mana agensi kerajaan pun, semuanya pasti ada dalam tangan anda sekarang juga!

Jika anda bekerja dan anda mempunyai slip gaji, hanya tiga dokumen yang diperlukan iaitu;
i- Salinan kad pengenalan depan dan belakang,
ii- Salinan slip gaji untuk 1 bulan yang terkini,
iii- Salinan penyata bank (bank statement) 1 bulan yang terkini.

Kalau anda bekerja sendiri (atau berniaga), anda wajib mempunyai SSM. Dokumen yang diperlukan untuk anda yang bekerja sendiri adalah;
i- Salinan kad pengenalan depan dan belakang,
ii- Salinan SSM set penuh,
iii- Salinan penyata bank (bank statement) 1 bulan yang terkini.

Mudah kan? Ketiga-tiga dokumen ini pada kebiasaanya dah ada pun dalam handphone anda. Tinggal nak forward kepada kami di Taliponiesta sahaja dan kami akan proses permohonan anda secepat mungkin.

“Saya bekerja sebagai rider Food Panda, boleh mohon ansuran bulanan?”

Kalau anda kerja sebagai seorang pemandu Grab atau rider bagi FoodPanda, anda boleh juga mohon untuk installment iPhone. Yang penting anda dah buat kerja ini sekurang-kurangnya 2 bulan.

Dokumen yang diperlukan berbeza sedikit dari mereka yang bekerja biasa. Ini adalah senarai dokumen yang anda perlu sediakan;
i- Salinan kad pengenalan depan dan belakang,
ii- Salinan slip gaji untuk 2 bulan yang terkini,
iii- Salinan penyata bank (bank statement) 2 bulan yang terkini.
iv- Screenshot bukti sebagai seorang driver/rider.

Mudah juga kan? Keempat-empat dokumen ini pastinya dah ada pun dalam handphone anda. Contohnya dokumen keempat diatas, anda hanya perlu screenshot profile anda dalam app Grab atau FoodPanda.

Photo of iPhone 14 Pro Max in Deep Purple, front view and back view, position next to each other
Klik untuk mohon iPhone 14 Pro Max di Taliponiesta sekarang

Artikel ini ditulis semasa saya baru lepas mencuci kereta. Oleh saya,

Wanzai Aljarman

Baca > Mudahnya Proses Dapatkan iPhone Secara Ansuran Di Taliponiesta

4 thoughts on “iPhone 14 Kini Ada Di Taliponiesta & Dapatkan Secara Ansuran Bulanan Atau Tunai”

  1. Saya warga negara asing.. saya nak beli
    I phone 14 promex.. boleh ke. Lpstu apa saje persharatan untuk warga negara asing untuk membeli I phone. Dan membayar secara bulanan. Terimakasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp