Syarikat DEEP dari Slovakia telah modify sebuah iPhone 12 Pro Max. Mereka tukarkan charging port dari Lightning ke Type-C, dan ia dah diuji dan 100% berfungsi dengan baik! Dah lama semua orang tertanya-tanya kenapa iPhone belum lagi keluarkan iPhone dengan charging port Type-C. Sekarang dengan DEEP, ia menjadi kenyataan!
Dibawah ni video macammana proses pembuatan untuk tukarkan charging port iPhone 12 Pro Max tersebut.
Tapi saya taknak bincangkan berkenaan kejuruteraannya. Saya nak bincangkan berkenaan harganya.
iPhone 12 Pro Max 128 GB yang telah diubahsuai ini dimulakan dengan bidaan (bidding) di Ebay dengan harga pemula USD 1.00. Selepas bidaan ke-6, harga dah naik ke USD 1,400, bersamaan dengan Rm 5,878.60 di Malaysia. Berbaloi ke tak?
Masih ada lagi baki 6 hari kalau korang nak bid!
Source : Blog post on Gizchina.com
Ditulis oleh,
