Skip to content

Battery Health 76% Pada iPhone 11. Adakah Memang Perlu Tukar Bateri Yang Baru?

Cerita Battery Health iPhone 11 Telah Turun ke 76%

Hari ini ada sebuah iPhone 11 check-in di Taliponiesta untuk tukar bateri kerana Battery Health-nya sudah menurun ke 76%. Walaubagaimanapun kami di Taliponiesta tanya dulu kepada pelanggan kami, “Adakah mahu tukar bateri hanya kerana Battery Health sudah turun ke 76%”?

Ini kerana jika pelanggan kami ini nak tukar bateri yang baru hanya kerana Battery Health yang sudah menurun, kami akan cadangkan untuk beliau guna dulu iPhone ini sehingga prestasi bateri sudah teruk. Tetapi kita lihat apakah jawapan pelanggan ini.

iPhone 11 Dengan Battery Health 76%
Battery Health menunjukkan 76% dimana prestasinya juga sudah semakin teruk. Solusi adalah dengan tukar bateri yang baru.

Sebab Apa Pelanggan Ini Nak Tukar Bateri?

Jawapan pelanggan Taliponiesta ini adalah beliau nak tukar battery sebab performance memang sudah semakin teruk. Kata beliau, setiap hari hampir 3 hingga 4 kali charge baru boleh digunakan seharian. Kalau tidak, dari awal pagi hanya boleh tahan hingga jam 11 pagi sahaja.

Jadi kami pun dah faham masalah pelanggan ini dan terus proceed untuk tukarkan bateri iPhone beliau dengan bateri yang baru.

Apa Berlaku Selepas Tukar Bateri Yang Baru? Adakah Battery Health Masih 76%

Selepas tukar bateri yang baru, Battery Health telah berubah kepada 100%. Walaubagaimanapun bukanlah Battery Health yang ingin diceritakan, tetapi prestasi iPhone ini telah menjadi seperti iPhone baru! Battery menjadi lebih tahan, seperti iPhone baru! Kepuasan menjadi lebih hebat, seperti iPhone baru!

Klik untuk follow kami di Instagram sekarang! @taliponiestamy

Peringatan Kepada Anda.

Peringatan kepada pengguna iPhone, jangan risau jika battery health menurun. Yang penting adalah performancenya ya. Anda hanya perlu tukar bateri jika bateri sudah mula menunjukkan prestasi yang kurang baik. Dan jangan tukar bateri yang baru jika hanya battery health menurun manakala prestasinya masih baik.

Artikel ini ditulis selepas saya baru sahaja tukar bateri iPhone 11. Oleh saya,

Wanzai Aljarman

Baca > Taliponiesta Kini Beroperasi Sehingga Malam & Anda Tak Perlu Lagi Rushing Selepas Waktu Kerja

9 thoughts on “Battery Health 76% Pada iPhone 11. Adakah Memang Perlu Tukar Bateri Yang Baru?”

  1. batery health saya 78%… dekat setting dah tulis ‘service’ .. perlu service mcm mana ya? atau ignore sahaja? tetapi performance batery baik sahaja… cuma kalau buka hotspot drain laju sikit la

    1. Jika prestasi (performance) masih baik, tak perlu tukar bateri. Boleh teruskan guna seperti biasa sehingga prestasi menurun dan membuatkan anda tak selesa, kemudian barulah tukar dengan bateri yang baru ya!

  2. Hai taliponiesta. Artikel yang sangat membantu. Apa yang dimaksudkan dengan performance / prestasi yang kurang baik? Boleh berikan contoh? Saya punya bateri health iphone 11 dah turun ke 77%. Saya tak rasa ada masalah dari penggunaan sehari2 cuma saya pengguna tegar facetime kerana pasangan yang menetap jauh jadi setiap hari saya akan facetime, ini menjadikan saya perlu cas fon lebih kerap. Ditambah lagi dengan health bateri yang sudah turun, membuatkan kekerapan cas fon lebih tinggi. Boleh advise sama ada saya sudah perlu menukar bateri atau masih boleh bertahan?

    1. Hello Farah Badardin. Kalau Battery Health (BH) dah turun ke 77% tapi cik masih tak ada feeling macam “Aduh lajunya battery turun berbanding masa baru beli dulu”, jadi boleh teruskan untuk guna je battery tanpa perlu tukar lagi. Tapi buat masa sekarang cik Farah sendiri rasa perlu cas dengan kekerapan yang lebih tinggi kan? Jadi, perlu tukar bateri yang baru. Harap membantu 🙂

  3. Pretty section of content. I simply stumbled upon your web
    site and in accession capital to claim that I get in fact enjoyed account your blog posts.
    Any way I will be subscribing on your augment and even I fulfillment you access consistently fast.

  4. Hi, i think that i saw you visited my website so i came to “return the favor”.I’m trying to find things to enhance my website!I
    suppose its ok to use some of your ideas!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp