Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya, Wanzai Aljarman, admin di Taliponiesta mewakili seluruh team kami di Taliponiesta. Saya mendoakan semoga perjalanan anda semua yang balik ke kampung, selamat semuanya.
Untuk pengetahuan anda, Taliponiesta sudah mula bercuti pada hari Rabu 19 April 2023. Kami akan bercuti sehingga hari Rabu 26 April 2023 dan akan mula beroperasi semula pada hari Khamis, 27 April 2023.
Waktu operasi Taliponiesta dalam bulan Ramadan 2023 baru baru adalah dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang. Ini adalah waktu operasi standard kami pada setiap bulan Ramadan. Tetapi bagaimana pula waktu operasi Taliponiesta selepas bulan Ramadan ini?
Taliponiesta Akan Menggunakan Waktu Operasi Normal Seperti Sediakala
Bermula 27 April 2023 (Khamis), kami akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 7 malam. Waktu ini adalah untuk setiap hari dari Ahad hingga lah hari Jumaat. Kecuali hari Sabtu sahaja kami akan tutup dan tidak beroperasi.

Di Mana Lokasi Taliponiesta?
Taliponiesta terletak di Kemayan Square, Seremban. Berdekatan dengan Palm Mall dan KPJ Hospital di Seremban. Kalau anda tak pernah datang ke Taliponiesta, saya mencadangkan anda untuk gunakan Waze atau Google Maps, dan taip sahaja ‘TALIPONIESTA’, anda pasti sampai!
Anda berada di Seremban? Kurang 15 minit pasti anda boleh sampai ke Taliponiesta.
Jika anda berada di Senawang, kurang 15 minit pasti anda boleh sampai ke Taliponiesta.
Bagaimana jika anda berada di Rembau? Kurang 25 minit pasti anda boleh sampai ke Taliponiesta.
Mereka yang berada di Port Dickson? Kurang 30 minit pasti boleh sampai ke Taliponiesta.
Jika dari Nilai, kurang 25 minit pasti anda boleh sampai ke Taliponiesta.
Artikel ini ditulis semasa sedang makan nasi himpit dan ketupat. Oleh saya,

Baca > Di Mana Nak Tukar Bateri iPhone Untuk Orang Senawang?