Bagaimana Memilih Antara iPhone X dan iPhone XR?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Pasti ramai antara anda yang nak beli used iPhone di Taliponiesta tetapi sedikit confuse apabila nak pilih diantara iPhone X dan iPhone XR.

iPhone XR didatangkan dengan 6 warna. Dalam gambar ini adalah antara tiga yang paling popular iaitu kuning, biru dan coral!

Apakah perbezaan bagi iPhone X dan iPhone XR?

Anda pasti tahu dan biasa nampak yang iPhone XR hanya mempunyai satu kamera belakang (single camera) dan iPhone X ada dua kamera belakang (dual camera). Walau iPhone XR hanya mempunyai satu kamera belakang, ia tetap boleh menggunakan ‘Portrait Mode‘!

Ada beberapa perbezaan bagi kedua dua iPhone ini, tetapi saya akan ketengahkan hanya dua perbezaan supaya anda senang buat pilihan ya!

Kelebihan iPhone X berbanding iPhone XR

iPhone X mempunyai dual camera bagi kamera belakang manakala iPhone XR hanya ada single camera. Walaupun begitu, iPhone XR tetap boleh menggunakan Portrait Mode, jadi apakah perbezaannya?

Walau iPhone XR boleh menggunakan Portrait Mode, iPhone XR hanya boleh menggunakan fungsi ini untuk gambar manusia sahaja. Portrait Mode pada iPhone XR tidak boleh digunakan untuk ambil gambar kereta, gambar rumah mahupun gambar pokok.

Berbeza dengan iPhone X yang boleh gunakan fungsi Portrait Mode-nya untuk mengambil gambar apa apa sahaja yang diminati!

Apa Pula Kelebihan iPhone XR Berbanding iPhone X

Kapasiti bateri iPhone XR adalah 2,942 mAh (mAh ini disebut milliamp Hour) dan 2,716 bagi iPhone X. Ada lebih dari 200 mAh perbezaan bagi kedua dua model ini, memberi kelebihan kepada iPhone XR.

Bagaimana Membuat Keputusan Memilih Antara iPhone X dan iPhone XR?

Kini anda sudah tahu perbezaan dan kelebihan masing masing, yang mana :
iPhone X – Kelebihan pada kamera belakang
iPhone XR – Kelebihan pada kapasiti bateri

Jadi, jika anda adalah seorang yang lebih kepada menggunakan iPhone untuk main game atau GAMER anda sebaiknya menggunakan iPhone XR dan jika anda seorang yang lebih kepada minat untuk ambil gambar atau PHOTOGRAPHER anda seharusnya memilih iPhone X.

Mudah kan buat pilihan selepas baca artikel ini?