Ulang Tahun Ke 5 Taliponiesta Pada Hari Ini 6 September 2022

Written by: wanzaialjarman

Published on: September 6, 2022

Add Your Heading Text Here

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pelanggan dan penyokong Taliponiesta. Terima kasih sekali lagi kerana andatidak pernah berhenti menyokong kami dari mula beroperasi pada 6 September 2017 sehingga ke hari ini, 6 September 2022. Usaha kami untuk memberi servis yang terbaik kepada seramai mungkin pengguna iPhone di Negeri Sembilan disokong penuh oleh semua pelanggan kami, terima kasih sekali lagi saya ucapkan!

Taliponiesta Sudah Berusia 5 Tahun!

Akhirnya hari ini, genaplah Taliponiesta berusia 5 tahun. Banyak sudah pengalaman yang kami kumpulkan dalam perjalanan yang panjang ini. Banyak juga cerita yang gembira, tak lupa juga cerita yang kurang gembira pasti ada dalam mana mana cerita sesebuah perjuangan. Walaubagaimanapun lebih ramai pelanggan yang membuatkan kami gembira kerana berjaya membuat pelanggan kami tersenyum.

Kepada pelanggan pelanggan setia yang telah mula mengenali Taliponiesta dari 2017 dan 2018, mereka semua pasti tahu yang kami bermula di sebuah kedai yang kecil sahaja di Kampung LBJ, Bandar Enstek. Pada permulaannya Taliponiesta hanya menjual aksesori iPhone sahaja. Selepas beberapa bulan baru kami mula memberikan servis repair iPhone dan penjualan iPhone.

Taliponiesta Pernah Ada Di Ayer Keroh Melaka?

Taliponiesta pernah hadir di Ayer Keroh, Melaka dari 2018 hingga 2020. Pada tahun 2020, COVID19 mula melanda negara kita dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada 18 Mac 2020. Atas sebab kesusahan dari segi job-transfer, technology-transfer, stock-management dan training-and-education, Taliponiesta Melaka pun ditutup pada penghujung 2020. Sama juga seperti Taliponiesta Bangi dan Taliponiesta Nilai.

Kini, Taliponiesta beroperasi hanya di Seremban. Ini membuatkan misi kami lebih jelas iaitu ingin memberikan servis terbaik kepada seramai mungkin pengguna iPhone di Negeri Sembilan.

Jutaan Terima Kasih Diatas Sokongan Anda!

Apa apa pun, terima kasih sekali lagi kepada semua penyokong dan pelanggan Taliponiesta yang tak pernah henti memberikan sokongan. Kami mengharapkan anda terus menyokong kami untuk kami teruskan misi menjadikan semua pengguna iPhone di Negeri Sembilan dijaga dengan baik selagi Taliponiesta masih beroperasi!

Ditulis oleh,

Signature of Wanzai Aljarman

Baca Artikel Lain

Photo of a hand holding a new in-box iPhone 13 in Green

Ansuran iPhone Untuk Blacklist. Boleh Ke Dapatkan iPhone Secara Ansuran Bulanan Jika Nama Blacklist?

Published:

November 9, 2022

Bateri iPhone 7 Plus Ini Kembung. Apa Puncanya? Perlu Tukar Bateri Baru?

Bateri iPhone 7 Plus Ini Kembung. Apa Puncanya? Perlu Tukar Bateri Baru?

Published:

August 19, 2022

Beli iPhone Second Hand Di mudah.my Dan ‘No Network’ Selepas Seminggu. Adakah ini Scam? Apa sebenarnya berlaku?

Beli iPhone Second Hand Di mudah.my Dan ‘No Network’ Selepas Seminggu. Adakah ini Scam? Apa sebenarnya berlaku?

Published:

June 11, 2020