Tips Beli iPhone Terpakai/Secondhand? Ini 8 Senarai Wajib Semak!

Written by: wanzaialjarman

Published on: April 16, 2023

Add Your Heading Text Here

Apakah bahagian yang perlu disemak semasa anda nak membeli iPhone terpakai? Samada anda nak beli iPhone terpakai di kedai atau nak beli iPhone secara atas tangan pemilik sebelum contohnya pembelian di mudah.my atau carousell, sila berhati hati. Selepas membaca artikel ini, anda akan tahu senarai penuh checklist bahagian yang perlu diberi perhatian semasa nak beli iPhone secondhand.

Semak Status Apple ID Pengguna Lama

Pertama sekali, anda perlu pastikan Apple ID pengguna lama sudahpun tiada lagi dalam iPhone itu. Caranya adalah klik pada Settings dan lihat bahagian paling atas. Kalau tiada nama sesiapa, anda dipersilakan untuk membuat Apple ID anda sendiri.

Semak Face ID atau Touch ID

Kemudian, anda perlu semak bahagian kedua terpenting iaitu Face ID atau Touch ID. Masih dalam Settings, dan anda scroll kebawah sedikit dan cari ‘Face ID & Passcode’ atau ‘Touch ID’.

Cuba masuk dan klik pada Reset Face ID. Dan anda dipersilakan untuk membuat seting Face ID anda sendiri. Jika ia berfungsi dengan baik, boleh teruskan untuk membuat semakan seterusnya.

Jangan Lupa Kamera Hadapan & Belakang

Kebanyakan pengguna iPhone berminat dengan iPhone kerana kualiti kameranya. Jadi, yang ketiga adalah periksa kualiti kamera. Buka aplikasi kamera dan semak semua ini:

a. Periksa kamera belakang dan hadapan (selfie), samada gambar jelas atau tidak,
b. Periksa kamera untuk video bagi kamera belakang dan hadapan (selfie), dan cuba untuk rakam beberapa video dan lihat semula. Pastikan anda mainkan video itu semula dan alang alang anda boleh semak kualiti suara dari speaker dan juga fungsi mic,
c. Jika iPhone yang anda beli ada fungsi Portrait Mode, anda perlu semak fungsi ini,
d. Hidupkan fungsi Flash, dan cuba ambil gambar. Lihat samada Flash berfungsi dengan baik atau tidak.

Periksa Network. Ia Paling Penting Pada Sesebuah Telefon Bimbit!

Seterusnya, masukkan kad sim anda dan cuba buat panggilan kepada sesiapa sahaja untuk semak fungsi panggilan dan sambungan network. Seterusnya buka safari dan terus ke www.google.com, cuba buat carian apa apa sahaja untuk semak sambungan internet.

Peralatan Fizikal

Tidak lupa juga bahagian bahagian fizikal seperti semua jenis butang yang ada pada iPhone dan juga skrin. Cuba semak semua butang yang ada seperti volume button, power button dan mute switch.

Kemudian lihat skrin dari atas kebawah, pastikan tiada dead pixel atau apa apa jenis keburukan pada skrin. Jika ada, tolong jangan beli iPhone tersebut kerana ada kemungkinan bahawa dead pixel itu akan merebak semakin membesar sedikit demi sedikit!

Paling Menarik, Semak Bateri iPhone

Ini bahagian yang paling menarik. Saya tak nak katakan anda tak perlu semak Battery Health, walaupun pada saya ia tidak terlalu penting. Nasihat saya adalah, pada permulaan anda buat semakan iPhone tadi, anda sebaiknya melihat berapakah peratusan bateri. Dan jika sampai pada step ini, anda boleh perhatikan berapa banyak peratusan bateri yang sudah turun.

Contohnya pada permulaan anda buat semakan tadi, anda dapati bateri iPhone adalah 90%. Selepas anda semak skrin, Apple ID dan lain lain dan anda sampai ke step untuk semak bateri, perhatikan berapa peratus bateri yang sudah turun berbanding 90% tadi.

Jika hanya turun 2-3% sahaja, bermakna bateri iPhone itu tiada masalah!

Sambungan Wifi & Hotspot

Kemudian anda boleh semak sambungan Wifi dan sambungan Hotspot. Ia juga penting kerana jika sesebuah iPhone ada masalah pada motherboard berkaitan Wifi IC, sambungan Wifi tidak akan berfungsi. Jadi hati hati dan jangan lupa untuk semak bahagian ini.

Pada kebiasaannya jika sambungan Wifi adalah baik, sambungan Bluetooth juga adalah baik. Jadi anda hanya perlu semak salah satu sahaja.

Cuba Download Satu App

Akhir sekali, anda boleh cuba download apa sahaja App yang ada dalam App Store. Biasanya pembeli akan cuba download Whatsapp. Jika tiada apa apa masalah lagi apabila anda sampai ke bahagian ini, tahniah kerana anda dapat sebuah iPhone yang berada dalam keadaan baik!

Walaubagaimanapun, kalau anda tak mahu pening kepala, saya nasihatkan anda untuk datang ke Taliponiesta untuk membeli iPhone. Kami di Taliponiesta ada menjual iPhone terpakai (used / secondhand) dan kami sediakan waranti juga supaya anda tidak perlu risau akan status iPhone yang anda beli.

Ditulis oleh,

Baca Artikel Lain

Kenapa Skrin iPhone yang Pecah Tidak Dilindungi Waranti? Jadi Apa Guna Waranti?

Published:

July 3, 2020

Tips Beli iPhone Terpakai/Secondhand? Ini 8 Senarai Wajib Semak!

Published:

April 16, 2023

Adakah Perlu Tukar Bateri iPhone Apabila ‘Battery Health’ Menurun Kepada 80%?

Published:

January 16, 2020