Kenapa Tak Perlu Risau Bila Battery Health iPhone Anda Turun?

Written by: wanzaialjarman

Published on: August 24, 2022

Add Your Heading Text Here

Bateri adalah antara komponen yang paling penting di dalam sesebuah iPhone dan setiap pengguna semestinya berusaha untuk menjaga jangka hayat bateri iPhone mereka supaya tahan lebih lama. Penjagaan bateri boleh dilakukan dengan mengawal kekerapan cas semula, mengawal screen brightness, dan juga menganalisa pengunaan aplikasi yang dimuat turun ke dalam peranti iPhone anda.

Battery Health Tetap Akan Turun Walau Apapun Anda Lakukan

Walaubagaimanapun, tahukah anda bahawa Battery Health tetap akan turun walau sebaik mana langkah penjagaan yang anda ambil. Sebagai pengguna iPhone, anda pasti pernah mendengar soalan-soalan seperti ini.

“Adakah battery health 96% ok? Saya baru beli 6 bulan.”
“Kenapa battery health saya cepat turun?”

Fahamkan Konsep Battery Health Pada iPhone

Battery Health adalah istilah nilai bacaan yang digunakan untuk mengukur kapasiti bateri
iPhone. Anda boleh membuka ruangan (Settings > Battery > Battery Health) untuk melihat peratus
kapasiti Battery Health iPhone anda. Tetapi anda juga perlu tahu bacaan ini tidak seratus peratus tepat dan hanya anggaran kasar untuk menentukan keadaan semasa bateri.

Nota : Bacaan Battery health boleh menurun sebanyak 5% pada 6 bulan pertama dan hanya
menurun 2% pada 6 bulan berikutnya. Ini menunjukkan bahawa kadar penurunan tidak boleh
dijangka, ia rawak/random.

iPhone menggunakan bateri jenisLithium-ion. Bateri jenis ini boleh dicas semula dan mempunyai jangka hayat yang panjang sehingga mampu melebihi 1000 kali kitaran cas semula. Kitaran cas semula bermaksud berapa kali bateri telah dicas semula sehingga kapasiti penuh. Setelah beberapa puluh atau ratus kitaran, kapasiti maksima bateri iPhone anda semestinya akan mula berkurang.

Lama-kelamaan kapasiti bateri yang terlalu rendah akan mengganggu prestasi iPhone dan penanda utama keadaan ini adalah apabila bateri iPhone cepat habis dan perlu dicas dengan kerap. Jadi, Battery Health hanya dipaparkan sebagai panduan sahaja atau peringatan sahaja kepada proses penuaan bateri. Sekali lagi, kenapa anda tidak perlu risau?

Jadi Perlukah Anda Risau Bila Battery Health Turun?

Anda tidak perlu risau kerana bateri iPhone adalah sangat berkualiti tinggi dan selalunya akan
bertahan lama sehingga bertahun-tahun. Anda masih boleh menggunakan iPhone dengan selesa
walaupun setelah Battery Health mula menurun sehingga kadar 90%. Apabila masa berlalu anda pasti akan melihat tanda-tanda penuaan bateri.

Perkara ini sudah dijangka dan langkah terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menggantikan bateri iPhone anda dengan bateri yang baru. Bateri yang baru semestinya mempunyai kapasiti bateri maksima dan bateri ganti yang berkualiti atau original akan turut bertahan lama.
Anda juga tidak perlu risau kerana Battery Health hanyalah berfungsi sebagai panduan untuk membantu anda sebagai pengguna iPhone untuk buat keputusan. Panduan yang lebih tepat adalah melalui pengalaman anda sendiri sepanjang menggunakan iPhone tersebut. Sekiranya anda merasakan prestasi bateri anda sudah menurun, contohnya perlu dicas sehingga dua kali dalam sehari dan battery health juga turut menunjukkan kadar yang rendah (dibawah 80%) maka tindakan perlu diambil.

Nota: Rata-rata pengguna mula merasakan prestasi bateri iPhone menurun setelah Battery Health menunjukkan bacaan bawah 79% dan kondisi kritikal seperti iPhone kerap terpadam sendiri.

Bilakah anda perlu memeriksa atau menukar bateri yang baru?

1. Bateri penuh tetapi tidak dapat menampung penggunaan seharian anda,
2. Bateri cepat habis dan iPhone perlu dicas dengan kerap dalam sehari,
3. iPhone kerap terpadam sendiri ketika menjalankan aplikasi tertentu,
4. Apabila juruteknik iPhone mengesyorkan anda untuk menggantikan bateri.

Pastikan juga anda menukar bateri iPhone anda di pusat servis yang dipercayai untuk mengelakkan anda ditipu. Pusat servis dan juruteknik yang baik akan memberikan anda tips penjagaan jangka hayat bateri mengikut kesesuaian penggunaan anda.

Nota: Sesetengah pengguna lebih suka menaik taraf peranti iPhone mereka ke model yang lebih
baru setelah beberapa tahun penggunaan dan mejual (trade-in) atau menjadikan iPhone lama
sebagai peranti kedua.

Sumber : support.apple.com, businessinsider.com

Ditulis oleh,

Baca Artikel Lain

5 Langkah Perlu Dilakukan Selepas Membeli iPhone Yang Baru (Atau Terpakai/Second Hand)

Published:

April 24, 2023

5 Cara Mengatasi Masalah iPhone Tak Hidup Atau Tak Boleh On

Published:

April 17, 2023

Mudahnya Proses Dapatkan iPhone Secara Ansuran Di Taliponiesta

Published:

August 23, 2022