Bila Perlu Tukar Bateri iPhone? Adakah Perlu Tukar Bila Battery Health Turun Ke 95% Atau 90%?

Written by: wanzaialjarman

Published on: September 22, 2022

Add Your Heading Text Here

Kita harus terima kenyataan bahawa segala jenis gajet yang wujud di atas muka bumi ini, tidak akan bertahan selama lamanya. Ini termasuk juga iPhone yang anda gunakan sekarang ini. Walau seberapa mahal pun iPhone yang anda beli, tak mungkin ia akan bertahan selama lamanya.

Ada satu bahagian dalam iPhone ni, sentiasa menjadi titik kerisauan kepada pengguna iPhone. Nama bahagian ini adalah ‘BATERI‘. Kerisauan ini datang kerana Battery Health yang kadang kala turun dan naik, lagi lagi selepas sesebuah iPhone itu dikemaskini (update).

Kadang dari 100% turun ke 99%.
Ada pula yang dari 95% tiba tiba naik ke 100%.

Bateri Kereta Diganti Setiap Setahun. Bateri iPhone Bagaimana?

Saya suka beri satu analogi seperti ini ;

Kita semua ada kereta/motosikal. Kereta atau motosikal kita ini, tidak dihidupkan sepanjang masa. Secara normal, kereta/motosikal kita ini tak pun digunakan 12 jam sehari. Mungkin hanya dihidupkan 3-4 jam sahaja dalam sehari.

Kemudian, iPhone yang kita gunakan ini pula pada kebiasaannyaa akan dihidupkan selama 24 jam dalam sehari. Jarang sekali berlaku sesebuah iPhone itu hanya dihidupkan hanya 5 atau 10 jam sahaja sehari, pasti hidup dan digunakan 24 jam.

Sekarang lihat, kereta yang kita tidak gunakan 24 jam sehari pun pasti kita akan tukar baterinya setiap 12-15 bulan. Apatah lagi bateri iPhone yang sentiasa dihidupkan 24 jam sehari, adakah anda jangkakan ia untuk bertahan selama lebih 2 atau 3 tahun? Atau anda expect bateri iPhone tahan sehingga 10 tahun?

Semestinya tidak. Setiap 1 atau 2 tahun, anda pasti perlu tukar bateri iPhone anda. Terimalah kenyataan ini, ia tidak akan bertahan selamanya!

Bagaimana Kenalpasti Bateri iPhone Yang Rosak?

Ada beberapa petanda yang biasanya menunjukkan bahawa bateri iPhone sudah mula bermasalah. Yang pertama adalah bateri habis (drain) dengan terlalu pantas, berbanding dengan sebelumnya. Yang kedua ini pula lebih subjektif. iPhone akan menjadi lebih panas dari biasa, kerana bateri bekerja terlalu keras sehingga menghasilkan haba yang berlebihan.

Jika anda baca perenggan diatas ini, saya tak sebutkan bahawa bateri iPhone perlu diganti apabila Battery Health menunjukkan 95% atau 90% atau 80% atau beberapa peratus pun. Jadi, bila perlu tukar bateri baru ni?

Bila Perlu Tukar Bateri iPhone?

Anda perlu tukar bateri iPhone yang baru hanya apabila iPhone anda mula menunjukkan prestasi yang teruk, sejurus tak mampu melayani keperluan harian anda untuk gunakan iPhone. Contohnya bateri hanya boleh bertahan dari awal pagi hingga jam 10 pagi sahaja.

Battery Health itu pula, apa fungsinya? Itu hanyalah anggaran oleh software yang dibina oleh Apple sebagai panduan sahaja bagi pengguna iPhone. Ingat ya, Battery Health hanya sebagai panduan dan bantuan sahaja. Bukannya seratus peratus menunjukkan kesihatan sebenar bateri anda.

“Saya Nak Tukar Bateri iPhone Sekarang”

Kalau anda berada di Negeri Sembilan dan prestasi bateri iPhone anda sememangnya dah teruk, anda boleh terus datang ke Taliponiesta yang terletak di Kemayan Square, Seremban untuk tukar bateri iPhone. Klik sini untuk dapatkan senarai harga tukar bateri untuk semua model iPhone

Ditulis oleh,

Baca Artikel Lain

Saya Gunakan iPhone Untuk Fotografi. Saya Perlu Pilih iPhone X Atau iPhone XR?

Published:

April 27, 2020

Faktor Motherboard iPhone Rosak dan Cara Mengelakkannya

Published:

April 20, 2023

Tips Beli iPhone Terpakai/Secondhand? Ini 8 Senarai Wajib Semak!

Published:

April 16, 2023