Battery Health iPhone Bukanlah Segalanya, Jangan Risau Bila Ia Turun: Fokus Pada Prestasi Bateri iPhone Anda

Written by: wanzaialjarman

Published on: April 21, 2023

Add Your Heading Text Here

Apabila kita bercerita tentang telefon pintar, keupayaan dan ketahanan bateri adalah faktor penting yang membantu pengguna membuat keputusan membeli. Oleh itu, ramai pengguna iPhone cenderung panik apabila mereka menyedari ada penurunan dalam Battery Health iPhone mereka.

Banyak kah yang turun? Ianya hanya turun sedikit sahaja, dari 100 ke 99 peratus je. Walau bagaimanapun, penting untuk diingatkan bahawa Battery Health bukanlah segala-galanya dalam kehidupan sesebuah bateri.

Battery Health Hanya Sebagai Rujukan

Pertama, Battery Health hanya merupakan penunjuk kapasiti bateri berbanding keadaan yang sebenar. Ia tak semestinya mencerminkan sejauh mana bateri iPhone anda berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, iPhone dengan Battery Health 99 peratus boleh berfungsi lebih baik daripada iPhone dengan Battery Health 100 peratus jika ia bertahan lebih lama.

Dalam kata lain, iPhone dengan Battery Health 100 peratus boleh jadi tak boleh dipercayai jika ia ada kemungkinan untuk termati secara tiba-tiba.

Banyak Faktor Mempengaruhi Battery Health, Yang Tidak Dapat Dikawal Oleh Pengguna

Kedua, Battery Health dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang tidak boleh dikawal oleh pengguna. Ini termasuk bilangan kitaran cas (charge cycle), suhu, kelembapan, dan juga software update. Ia normal bagi Battery Health untuk menurun dari semasa ke semasa, dan ia tidak semestinya menandakan bateri cacat atau iPhone rosak.

Sebenarnya, Apple sendiri pernah berkata bahawa “anggaran Battery Health hanyalah anggaran” dan juga “mungkin tidak mencerminkan jangka hayat bateri sebenar kepada iPhone anda.”

Pengguna Boleh Jimatkan Bateri iPhone Dengan Beberapa Alternatif Lain

Ketiga, terdapat banyak cara untuk memaksimakan prestasi bateri yang tak melibatkan keghairahan terhadap battery Health. Sebagai contoh, anda boleh mengurangkan kecerahan skrin (brightness) dan mematikan perkhidmatan lokasi (location) untuk aplikasi yang tak terlalu penting. Selain itu, boleh juga anda matikan fungsi Push Notification.

Oh ya, anda juga boleh menggunakan Low Power Mode. Ia mengurangkan hanya sedikit prestasi dan mematikan beberapa fungsi untuk memanjangkan jangka hayat bateri. Langkah-langkah ini akan membantu anda menjimatkan bateri iPhone, tanpa mengambil kira status atau peratus Battery Health.

Secara kesimpulannya, walaupun Battery Health adalah ukuran penting untuk memantau status bateri iPhone anda, ia bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan prestasinya. Daripada terlalu fokus pada Battery Health, saya fikirkan akan lebih produktif untuk anda memberi tumpuan kepada mengoptimumkan setting dan tabiat penggunaan iPhone anda.

Ditulis oleh,

Signature of Wanzai Aljarman

Baca Artikel Lain

Kenapa Tak Perlu Risau Bila Battery Health iPhone Anda Turun?

Kenapa Tak Perlu Risau Bila Battery Health iPhone Anda Turun?

Published:

August 24, 2022

Adakah Perlu Tukar Bateri iPhone Apabila ‘Battery Health’ Menurun Kepada 80%?

Adakah Perlu Tukar Bateri iPhone Apabila ‘Battery Health’ Menurun Kepada 80%?

Published:

January 16, 2020

Kaca Belakang iPhone Pecah, Jangan Terus Tukar Body Yang Baru

Kaca Belakang iPhone Pecah, Jangan Terus Tukar Body Yang Baru

Published:

September 12, 2022