Bateri iPhone 7 Plus Ini Kembung. Apa Puncanya? Perlu Tukar Bateri Baru?

Written by: wanzaialjarman

Published on: August 19, 2022

Add Your Heading Text Here

Ini adalah gambar sebuah bateri iPhone 7 Plus yang dah kembung. Macammana boleh kembung ni? Kalau nak teruskan guna je iPhone dengan bateri yang kembung macam ni boleh tak?

Percaya tak, kalau anda biarkan bateri yang kembung tahap biasa-biasa tu, dalam beberapa lama nanti bateri iPhone anda pasti akan jadi kembung macam dalam gambar di bawah ini.

Apa Punca Bateri iPhone Kembung?

Bateri iPhone yang kembung macam dalam gambar diatas ni pada kebiasaannya hanya ada satu sahaja punca, iaitu pengecasan yang berlebihan atau overcharged. Ini terjadi apabila anda kerap mengecas iPhone anda semasa tidur. Sebelum tidur anda mula mengecas iPhone dan hanya akan cabut kabel pengecas apabila sesudah anda bangun pada waktu pagi, betul?

Pengecasan iPhone kebiasaannya hanya mengambil masa 1-2 jam sahaja. Jika anda mula mengecas iPhone pada jam 12 malam, paling lewat pun bateri iPhone anda sudah siap dicas penuh pada jam 2 pagi. Jika anda cabut kabel pengecasan pada jam 6 pagi, terdapat 4 jam pengecasan berlebihan (overcharge) disitu.

Dalam keadaan ini lah bateri iPhone akan mula kembung sedikit demi sedikit dan lama kelamaan ia akan jadi kembung seperti dalam gambar diatas tadi. Menyeramkan bukan? Jadi berhati hatilah dalam mengecas iPhone. Jangan cas iPhone pada masa anda sedang tidur. Itu membahayakan kesihatan bateri iPhone anda!

Apa Solusi Kepada Bateri iPhone Yang Kembung?

Kalau anda nak tahu, bateri iPhone 7 Plus yang dah kembung teruk macam dalam gambar diatas ni dah pun pecahkan skrin. Jadi kos untuk repair jadi dua kali ganda lebih besar. Anda nak jadi macam tu? Pasti tak nak kan. Jadi kalau bateri iPhone anda dah mula kembung sikit tu, terus bawa ke Taliponiesta untuk buat penukaran bateri yang baru ya!

Klik sini untuk senarai harga tukar bateri iPhone yang original di Taliponiesta.

Kalau anda berapada di sekitar Seremban, Senawang, Port Dickson, Nilai, Rembau, Kuala Pilah, Mantin dan lain lain yang berdekatan, korang boleh datang ke Taliponiesta yang berada di Seremban.

Google Maps : Taliponiesta Seremban
Waze : Taliponiesta Seremban

Ditulis oleh,

Baca Artikel Lain

Di Mana Nak Tukar Bateri iPhone Untuk Orang Senawang?

Published:

August 22, 2022

Kenapa Motherboard iPhone Kerap Rosak? Apa Cara Mengelakkan Motherboard Cepat Bermasalah?

Published:

November 10, 2022

Battery Health iPhone Bukanlah Segalanya, Jangan Risau Bila Ia Turun: Fokus Pada Prestasi Bateri iPhone Anda

Published:

April 21, 2023