Apa Itu Water Damage? Apakah Kesan Jika iPhone Terkena Air

Written by: wanzaialjarman

Published on: May 8, 2023

Add Your Heading Text Here

iPhone telah menjadi sebahagian besar dalam hidup kita. Ia bertindak sebagai tukang kejut kita diwaktu pagi. Ia juga bertindak sebagai PA untuk ingatkan kita bila ada meeting atau perjumpaan dengan rakan. Ia juga adalah ejen untuk kita berhibur dengan menonton Netlix atau Disney Hotstar. Walaubagaimanapun, kemalangan boleh berlaku pada iPhone kita, terutamanya kemalangan melibatkan air. Contohnya iPhone terjatuh dan masuk dalam longkang. Ataupun air Teh O panas tertumpah diatas iPhone. Alamak! Apa nak buat ni?

Apabila air masuk kedalam sesebuah iPhone, ia akan mula menyerang bahagian dalaman dari skrin hinggalah Motherboard. Air adalah konduktor elektrik yang baik, ia akan mengakibatkan litar pintas dalam sistem iPhone. Ia berkemungkinan merosakkan fungsi iPhone secara kekal. Tahap keterukan bergantung kepada beberapa faktor seperti berapa lama iPhone anda terdedah pada air, jenis cecair dan berapa pantas anda mengambil tindakan.

Contoh Petanda iPhone Bermasalah Apabila Menghadapi Water Damage

1. Skrin tidak berfungsi dengan baik. Samada tidak sensitif, hidup tetapi tidak mengeluarkan imej atau langsung tak hidup;

2. Butang tak berfungsi seperti power button, atau butang volume;

3. Masalah pada bateri. Kemungkinan bateri habis dengan terlalu pantas, atau langsung tidak boleh dicas;

4. iPhone mula overheat (Panas melampau);

5. Tiada network.

Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila iPhone Terkena Air?

1 – Keluarkan Dari Sumber Air Sepantas Mungkin

Dengan pantas, keluarkan iPhone anda dari sumber air. Contohnya jika tejatuh dalam kolam renang, keluarkan iPhone anda dari kolam renang sepantas mungkin untuk mengurangkan kesan buruk nanti.

2 – Matikan iPhone Anda

Matikan iPhone anda dan pastikan anda tidak cas iPhone.

3 – Jangan Keringkan Guna Hair Dryer

Jika anda berniat untuk keringkan air menggunakan hair dryer yang panas, hentikan! Haba yang terlalu panas akan mengakibatkan komponen menjadi lebih teruk dari keadaan sediakala.

4 – Keluarkan Kad Sim dan Buka Casing

Keluarkan kad sim supaya ia tidak berkarat. Kemudian buka casing untuk memberi aliran udara yang lebih baik.

5 – Keringkan Air Di Permukaan Luar iPhone

Gunakan kain yang bersih dan kering.

Ini adalah langkah langkah ringkas apa yang anda perlu lakukan apabila iPhone terkena air. Kebiasaannya dicadangkan untuk anda membiarkan iPhone selama 24 hingga 48 jam sehingga ia betul betul kering. Kemudian anda boleh mencuba untuk menghidupkan iPhone.

Jika iPhone anda berjaya dihidupkan, sila uji semua fungsi yang ada seperti skrin, kamera, network, internet, call, speaker dan cuba juga cas iPhone anda. Dan sebaliknya jika iPhone anda tidak berjaya dihidupkan atau ada beberapa bahagian tidak berfungsi dengan baik, anda boleh bawa iPhone anda ke Taliponiesta untuk kami uruskan sehingga ia hidup semula seperti sediakan okay!

Ditulis oleh,

Baca Artikel Lain

Taliponiesta Berusia Tiga Tahun Pada Hari Ini 6 September 2020

Published:

September 6, 2020

3 Sebab dan Punca Utama Bateri iPhone Menjadi Kembung dan Cepat Habis

Published:

March 6, 2020

Adakah Perlu Tukar Bateri iPhone Apabila ‘Battery Health’ Menurun Kepada 80%?

Published:

January 16, 2020