Adakah Perlu Tukar Bateri iPhone Apabila ‘Battery Health’ Menurun Kepada 80%?

Written by: wanzaialjarman

Published on: January 16, 2020

Add Your Heading Text Here

Cuba baca semula tajuk artikel ini. Pastinya fikiran ini sentiasa bermain di minda anda apabila ‘Battery health‘ sudah menurun kepada 80% kan. Jadi, adakah anda benar benar perlu tukar bateri yang baru dan menjadikan ‘Battery Health’ bertukar ke 100% semula?

Cuba Tanya Pada Kedai Handphone Lain

Andai anda bertanya kepada mana mana kedai handphone yang membuat servis membaiki iPhone, saya pasti majoriti dari mereka akan menjawab :

“Ya betul, ‘Battery Health’ dah turun mesti kena tukar bateri”
“Kalau tak tukar nanti iPhone rosak”
“Battery Health turun 90% pun sepatutnya dah kena tukar bateri”

Jika Anda Tanya Kami

Tetapi jika anda bertanya kepada kami di Pusat Jualan dan Servis iPhone yang bernama Taliponiesta ini, jawapan yang anda terima adalah TIDAK, TIDAK dan TIDAK!

Kami akan kata : ”Anda tidak perlu tukar bateri hanya semata mata sebab ‘Battery Health‘ sudah menurun“

Apakah jawapan kami untuk soalan ‘Bila perlu tukar bateri?’

Jawapannya sangat mudah dan ringkas, iaitu anda hanya perlu tukar bateri apabila prestasi (performance) bateri iPhone anda sudah tidak lagi tiptop. Prestasi bateri iPhone ini tidak diukur secara total oleh ‘Battery Health’ tau!

Ukuran yang boleh mencerminkan prestasi bateri adalah dari segi ketahanan bateri. Jika anda rasa bahawa ketahanan bateri sudah terlalu teruk yakni bateri anda habis dengan terlalu cepat. Contohnya dari 8 pagi hingga 11 pagi, bateri anda sudah turun dari 100% kepada 40%. Ini menunjukkan prestasi yang terlalu teruk!

Selain itu, jika iPhone anda kerap restart dengan sendiri, itu menunjukkan bahawa prestasi sudah teruk.

Jika anda menghadapi dua situasi diatas ni, pada ketika inilah anda perlu tukar bateri. Sebenarnya ada situasi ketiga, iaitu iPhone anda rasa panas berbanding sebelumnya. Tapi ini agak subjektif dan semestinya iPhone anda perlu disemak dahulu.

Untuk Pemahaman Tambahan, Kita Ambil Contoh Pada Bateri Kereta

Bateri kereta kita semua tidak ada menunjukkan Battery Health, kita tetap boleh gunakan kereta kita seperti biasa. Tak pernah pun kita risaukan status Battery Health kereta kita kan. Jadi, biasanya bila kita akan tukar bateri kereta?

Apabila bateri kereta kita dah mula menunjukkan masalah, seperti susah nak hidupkan kereta ataupun kereta langsung tidak boleh dihidupkan. Haaaa, sama lah macam iPhone juga! Selagi ia masih boleh digunakan, gunakan je dulu. Jangan bazirkan wang anda untuk tukarkan barangan yang masih baik.

Kini anda nampak kan? Tahniah!

Ditulis oleh,

Baca Artikel Lain

Faktor Motherboard iPhone Rosak dan Cara Mengelakkannya

Published:

April 20, 2023

Battery Health iPhone Bukanlah Segalanya, Jangan Risau Bila Ia Turun: Fokus Pada Prestasi Bateri iPhone Anda

Published:

April 21, 2023

5 Langkah Perlu Dilakukan Selepas Membeli iPhone Yang Baru (Atau Terpakai/Second Hand)

Published:

April 24, 2023