Pernah tak terjadi bila iPhone anda terjatuh, anda sentuh pada skrin tetapi tiada respond dan secara tiba tiba skrin iPhone anda bergerak sendiri macam ada seseorang yang sedang sentuh, tetapi anda tidak sentuh pun. Itu Ghost Touch!
Keadaan Ini Dipanggil Ghost Touch
Keadaan ni dipanggil ‘Ghost Touch’. Kalau dalam Bahasa Malaysia, bunyinya kurang sedap didengar iaitu ‘Sentuhan Hantu’.
Ghost Touch ini memang menyakitkan hati, apatah lagi iPhone yang kita gunakan ni untuk kerja. Buang masa sahaja, kerja tak dapat disiapkan kerana iPhone tak boleh guna.
Apa Punca Ia Terjadi?
Perkara ni ada dua kemungkinan, iaitu :
- Sambungan antara skrin dan motherboard iPhone anda longgar, kemungkinan besar kesan selepas jatuh. Jadi cara untuk betulkan adalah hanya dengan buka dan sambungkan semula sambungan yang menghubungkan antara skrin dan motherboard iPhone anda dengan baik.
- Skrin iPhone anda sememangnya sudah rosak, kesan selepas iPhone anda jatuh.
Jadi cara untuk betulkan masalah yang kedua ni adalah hanya dengan membuat penukaran skrin iPhone yang baru. Skrin anda yang asal sudah boleh kita kategorikan sebagai total lost.
Artikel ini ditulis dalam keadaan tenang dan damai. Oleh saya,

Baca > Kenapa Skrin iPhone yang Pecah Tidak Dilindungi Waranti? Jadi Apa Guna Waranti?