Pernah tak terjadi bila iPhone anda terjatuh, anda sentuh skrin tetapi tak ada respond dan tiba tiba skrin iPhone anda bergerak sendiri macam ada orang yang tengah sentuh, tetapi anda tak sentuh pun. Kita panggil keadaan tu sebagai Ghost Touch!
Keadaan Ini Dipanggil Ghost Touch
Keadaan ni dipanggil ‘Ghost Touch’. Kalau dalam Bahasa Malaysia bunyinya agak kurang sedap didengar iaitu ‘Sentuhan Hantu’. Ghost Touch ni memang menyakitkan hati, apatah lagi kalau anda guna iPhone untuk kerja. Buang masa sahaja, kerja tak dapat disiapkan kerana iPhone tak boleh guna.
Bila yang kita paling sakit hati dengan Ghost Touch ni? Selalunya kita akan sakit hati yang melampau bila kita nak type pada keyboard, tapi dia type sendiri benda benda yang pelik yang kita tak berniat nak type pun. Yang membuatkan lebih sakit hati adalah, semua benda yang iPhone kita type sendiri tu, dia send pulak dekat orang orang yang kita taknak send apa apa pun.
Bayangkan, betapa sakitnya hati pada masa tu.
Apa Punca Ia Terjadi?
Perkara ni ada dua kemungkinan, iaitu :
I — Masalah Sambungan
Ada kemungkinan yang kecil apabila iPhone anda terjatuh, wayar sambungan antara skrin dan motherboard iPhone anda longgar atau tercabut. Jadi cara untuk betulkan adalah hanya dengan buka iPhone anda dan sambungkan semula sambungan yang menghubungkan antara skrin dan motherboard iPhone anda dengan baik.
Walaupun bunyinya agak mudah, tapi saya tak cadangkan anda untuk buat sendiri jika anda tak biasa repair iPhone. Sebaiknya anda bawa ke kedai repair iPhone dan minta technician disana untuk buka dan check samada sambungan tercabut atau tidak.
II — Skrin Dah Rosak
Kemungkinan yang lebih besar adalah, skrin iPhone anda sememangnya sudah rosak selepas anda jatuhkan iPhone anda tadi.
Jadi cara untuk betulkan masalah yang kedua ni adalah satu cara sahaja, iaitu kena tukar skrin iPhone yang baru. Skrin anda yang asal sudah boleh kita kategorikan sebagai total lost.
Baca juga — Kenapa Skrin iPhone yang Pecah Tidak Dilindungi Waranti? Jadi Apa Guna Waranti?