Apa Cerita Dengan ‘Battery Health’ Ni?

Kebimbangan utama pengguna iPhone masakini semestinya berkaitan dengan Kesihatan Bateri atau ‘Battery Health‘. Adakah anda faham bagaimana ‘Battery Health‘ ini berfungsi?

Battery Health / Kesihatan Bateri.

Battery Health ini adalah satu nombor dalam bentuk peratusan yang dicipta oleh Apple untuk memberitahu kita semua bahawa apakah status bateri iPhone yang sedang kita gunakan.

Bagaimana Membaca Battery Health ini?

Kita ambil iPhone 11 sebagai contoh. iPhone 11 mempunyai kapasiti sebanyak 3,110 mAh. Dalam keadaan Battery Health anda adalah 100%, apabila anda mengecas bateri iPhone 11 anda dengan penuh anda akan mempunyai sebanyak 3,110 mAh dalam iPhone anda sekarang.

Kemudian Battery Health anda menurun kepada 99%

Apabila Battery Health anda menurun kepada 99%, anda tidak lagi mempunyai 3,110 mAh dalam iPhone 11 anda. Kini anda hanya mempunyai maksimum 99% dari 3,110 mAh, iaitu 3,079 mAh. Dari keadaan asal iPhone 11 anda mempunyai 3,110 mAh, kini anda hanya mempunyai 3,079 mAh sahaja. Kapasitinya sudah sedikit menurun.

Apabila anda mengecas iPhone 11 anda yang kehabisan bateri dari 0% hingga 100%, anda mempunyai 3,079 mAh untuk dibawa bekalan menghadapi satu hari.

Kemudian Battery Health anda menurun kepada 98%

Kini Battery Health anda turun kepada 98%, anda tidak lagi mempunyai 3,079 mAh. Anda kini hanya mempunyai 3,048 mAh sahaja. 

Apabila anda mengecas iPhone 11 anda yang kehabisan bateri dari 0% hingga 100%, anda mempunyai 3,048 mAh untuk dibawa bekalan menghadapi satu hari.

Setelah beberapa lama, Battery Health anda menurun kepada 90%

Apabila Battery Health anda turun kepada 90%, anda sudah kehilangan 311 mAh dari kapasiti asal bateri iPhone 11 anda. 311 mAh yang anda hilang itu adalah 10% yang anda hilang.

Kini dengan Battery Health pada 90%, apabila anda mengecas iPhone 11 anda yang kehabisan bateri dari 0% hingga 100%, anda mempunyai 2,799 mAh sahaja untuk dibawa bekalan menghadapi satu hari.

Saya harap perkongsian ini bermanfaan dan anda sudah faham bagaimana konsep Battery Health.

Yang benar,