Hai, apa khabar semua? Beberapa hari lagi kita semua akan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke 15. Selamat mengundi kepada seluruh rakyat Malaysia, semoga negera kita Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang baik. Harapnya majulah malaysia dari semua sudut seperti ekonomi, sukan dan perladangan.
Siapa Yang Blacklist, Tapi Nak Apply iPhone Ansuran Bulanan?
Ada tak antara pembaca artikel ini yang dalam dilema sebab nak guna iPhone tapi nama ada blacklist? Baik, artikel ini memang untuk anda. Saya nak bagi penjelasan yang agak perit untuk diterima, tetapi haruslah dihadam!
Ada pelbagai jenis ‘Blacklist’. Dua yang paling popular adalah ‘Blacklist kerana Telco’ dan ‘Blacklist kerana bank’. Anda sendiri pasti tahu anda adalah blacklist jenis yang mana satu, kan? Ya lah, mesti lah anda tahu sebab anda sendiri yang buat hutang dan tak bayar hutang tu hehe.
Bagaimana Blacklist Kerana Bank
‘Blacklist kerana Bank’ adalah disebabkan anda mengelak dari membayar ansuran bulanan kereta ataupun motosikal, tak bayar langsung ansuran bulanan kereta ataupun terlalu kerap lewat buat bayaran kereta. Itu berkenaan kereta. Jika anda ada buat apa apa jenis loan seperti personal loan (pinjaman peribadi) atau business loan (pinjaman perniagaan) dengan mana-mana bank dan anda culas buat bayaran ansuran bulanannya, nama anda akan termasuk dalam senarai Blacklist kerana Bank.
Bagaimana Pula Blacklist Kerana Telco
‘Blacklist kerana Telco’ pula berlaku apabila anda beli handphone dengan pihak telco, contohnya Maxis, Celcom dan Digi, dan anda kerap mengelak buat bayaran bulanannya. Disini nama anda akan dimasukkan dalam senarai Blacklist. Bukan sahaja beli handphone, jika anda ada melanggan servis internet dengan Maxis contohnya dan anda tak buat bayaran bulanan sehingga talian anda dipotong, nama anda juga akan masuk ke senarai ‘Blacklist kerana Telco’
Oh ya, jika ada yang tak tahu apa makna ‘Telco’, ia adalah singkatan untuk perkataan Telecommunications Company atau dalam bahasa Malaysianya, Syarikat Telekomunikasi. Digabungkan dua perkataan bahasa Inggeris tadi, jadilah Telco.
Jadi, Blacklist Boleh Lulus Tak Untuk iPhone Ansuran Bulanan?
Jika nama anda adalah Blacklist kerana Bank, kemungkinan besar permohonan anda untuk mendapatkan iPhone secara ansuran tidak akan diterima. Kemudian jika nama anda termasuk dalam senarai Blacklist kerana Telco, ada beberapa kemungkinan yang saya anggarkan dalam 50-60% yang permohonan anda boleh diterima. Bagaimana boleh jadi macam ni?
Saya sendiri tak ada jawapan yang tepat untuk memberi penjelasan. Tetapi melihat kepada pengalaman saya sendiri apabila terlibat dengan pengurusan segala proses ansuran bulanan iPhone di Taliponiesta, inilah realitinya. Jadi, jika anda sedar diri anda berada dalam Blacklist kerana Telco, bolehlah berhubung dengan pihak kami di Taliponiesta untuk cuba buat permohonan iPhone secara ansuran bulanan. Jika permohonan anda lulus, terus dapat iPhone!
Taliponiesta Guna Servis Apa Untuk Ansuran Bulanan?
Kami di Taliponiesta gunakan servis dari tiga syarikat pemberi kredit yang dipercayai iaitu AEON Credit, JCL Credit Leasing dan juga Chailease Berjaya Credit. Tak pernah dengar? Tak apa, itu tiada masalah. Ini kan kali pertama anda nak buat ansuran bulanan untuk iPhone.