5 Langkah Perlu Dilakukan Selepas Membeli iPhone Yang Terpakai/Second Hand

Admin ucapkan tahniah kepada anda atas pembelian iPhone baru! Inilah masa yang ditunggu tunggu setelah sekian lama, kan? Jangan fikir panjang, jangan pening dan jangan risau.

Dalam artikel ini, saya akan menceritakan beberapa langkah yang perlu anda buat selepas membeli iPhone baru terpakai/second hand.

Langkah 1: Hidupkan iPhone Anda

Tekan dan hold butang di sebelah kanan iPhone anda sampai logo Apple muncul pada skrin. iPhone anda kemudian akan mula dihidupkan, dan anda akan dibawa untuk melalui proses setup yang pertama sekali.

Langkah 2: Setup Kali Pertama

Semasa proses setup kali pertama, anda akan diminta untuk memilih bahasa, negara dan kawasan, dan menyambung ke Wi-Fi. Seperti biasa, pilih English dan Malaysia ya. Anda juga akan diminta untuk menetapkan passcode (bukan password ya, tapi passcode). Ingat, pastikan guna passcode yang orang lain tak tahu. Jangan pula gunakan passcode yang terlalu mudah. Gunakan yang lebih mencabar contohnya 465738 atau 017493. Supaya orang lain susah nak teka passcode anda.

Saya mencadangakan untuk anda guna passcode dengan 6 digit, bukan yang 4 digit ya. Bila guna passcode 6 digit, lebih susah untuk orang lain meneka secara rawak. Jangan pula gunakan passcode yang sama dengan PIN kad bank ATM anda tu ya!

Langkah 3: Buat Apple ID

Apple ID anda pulan adalah bahagian yang ter-paling-lah penting dalam penggunaan iPhone. Apple ID lah yang membolehkan anda membuka App Store untuk memuat turun aplikasi contohnya Whatsapp dan TikTok. Jika anda belum ada akaun Apple ID, anda perlu membuat satu semasa proses persediaan. Lebih lebih lagi anda yang kali pertama menggunakan iPhone, semestinya anda masih belum ada Apple ID.

Tips yang nak saya berikan adalah, sebaiknya gunakan akaun Gmail anda sebagai Apple ID. Ini kerana jika satu hari anda terlupa password yang anda gunakan, lebih mudah untuk anda reset menggunakan Gmail sahaja. Jika anda buat Apple ID guna akaun iCloud, adalah lebih mencabar jika anda terlupa password nanti!

Langkah 4: Setkan iPhone Supaya Sesuai Dengan Diri Anda

Setelah siap buat Apple ID, anda dah boleh mula menyesuaikan iPhone mengikut personaliti anda. Tukarlah wallpaper belakang kepada gambar kereta atau gambar artis kegemaran. Boleh juga tambah widget ke Home Screen, contohnya widget bagi cuaca. Anda boleh juga mengubah setting pada Control Centre, yang mana akan memudahkan urusan harian anda nanti.

Langkah 5: Muat Turun Aplikasi Dari App Store

Buka App Store (Aplikasi dengan logo berwarna biru dalam gambar diatas) dan anda boleh mula menjelajahi mencari aplikasi yang anda minat! Biasanya kita di Malaysia ni pengguna sejati Whatsapp, jadi dah boleh terus download. Lepas tu apa lagi, mesti lah download TikTok kan?

Satu tips saya, jangan masukkan nombor akaun bank atau nombor kad bank anda dalam sistem App Store jika anda memang tak ada nak download app yang berbayar. Bahayanya nanti bila anak atau saudara anda yang masih kanak kanak main phone, secara tak sengaja pula ter-download app yang berbayar, kan nahas tu!

Sebagai kesimpulan, menyiapkan iPhone baru boleh menjadi pengalaman yang mengujakan tetapi memeningkan. Mengikuti langkah-langkah ini akan membantu anda memulakan dan menyiapkan iPhone anda untuk kejayaan. Ingatlah untuk mengambil masa anda, menyesuaikan iPhone anda dengan kehendak anda, dan menikmati segala yang ada ditawarkan. Selamat meneroka!