5 Cara Mengatasi Masalah iPhone Tak Hidup Atau Tak Boleh On

iPhone dikenali sebagai produk yang premium, kerana kebolehpercayaannya dan kemudahan penggunaannya. Akan tetapi seperti mana-mana barangan elektronik, ia tetap tidak sempurna dan boleh mengalami masalah dari semasa ke semasa. Salah satu masalah yang paling biasa dihadapi oleh pengguna adalah adalah iPhone yang stuck di skrin atau tidak dapat dihidupkan langsung.

Jika anda mengalami masalah ini, kekal tenang dan jangan panik! Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk menyelesaikan masalah ini dan cuba membuatkan iPhone anda kembali berfungsi seperti biasa.

Restore atau Update iPhone anda

Jika iPhone anda stuck pada mana mana skrin atau tidak dapat dihidupkan, salah satu langkah pertama yang perlu anda ambil adalah untuk Restore atau Update iPhone anda. Untuk melakukan ini dengan cara yang betul, anda perlu sambungkan iPhone ke komputer yang mempunyai Aplikasi iTunes. Kemudian ikuti langkah-langkah untuk restore atau update iPhone anda. Pada kebiasaan, proses ini akan menghilangkan semua data pada iPhone anda. Jadi, amat penting untuk anda membuat Backup data anda sebelum mencuba langkah ini.

Cas iPhone Anda Beberapa Minit Atau Jam

Jika iPhone anda tidak dapat dihidupkan langsung, kemungkinan bateri telah habis cas. Apa lagi, cari charger anda laju laju dan mula mengecas iPhone. Biarkan ia dicaj selama sekurang-kurangnya 15-20 minit. Jika dapat cas lebih lama dari itu, lebih baik contohnya 1 jam.

Cuma dengan langkah ini yang kita panggil ‘waiting game’, peratus untuk iPhone anda hidup semula agak tipis kerana jika hanya bateri yang habis, ia boleh dihidupkan seperti biasa hanya dengan cas kurang dari 5 minit sahaja.

Cuba Buat Hard Reset Supaya iPhone Refresh Balik

Jika perkara yang sama masih lagi mengganggu iPhone anda, cuba pula lakukan hard reset. Ini akan memaksa iPhone anda untuk restart dan mungkin dapat menyelesaikan masalah tersebut. Untuk melakukan Hard Reset ada beberapa cara mengikut model iPhone.

Bagi iPhone 7 Plus dan kebawah, anda perlu tekan dan hold Power Button bersama sama dengan Home button selama lebih kurang 15 saat. Kemudian untuk iPhone 8 Plus dan keatas, ada tiga button yang anda perlu tekan. Pertama, klik pada volume up (tak perlu hold). Kemudian klik pada Volume down (tak perlu hold) dan seterusnya hold pada power button dalam 15 saat.

Cuba Bersihkan Charging Port iPhone Anda

Kalau masih lagi iPhone anda tak boleh dihidupkan selepas buat Hard Reset, kemungkinan ada kotoran, debu atau habuk di charging port yang menghalang iPhone anda dari dicaj. Gunakan benda yang tajam untuk membersihkan kotoran dari port pengisian dengan lembut dan tenang. Contoh barang yang anda boleh gunakan adalah pencungkil gigi, atau jarum.

Tukar Bateri iPhone Yang Baru

Jika anda telah mencuba semua langkah di atas dan iPhone anda masih tidak dapat dihidupkan, kemungkinan bateri iPhone anda telah mencapai akhir hayatnya. Innalillahi wainnalillahi rajiun. Dalam kes ini, anda mungkin perlu menukar bateri iPhone dengan bateri yang baru. Ingat, ia perlu dilakukan oleh seorang technician yang professional, seperti di Taliponiesta!

Kami di Taliponiesta membuat servis repair iPhone, termasuk penukaran bateri iPhone dari iPhone 5 hinggalah iPhone 13 Pro Max semasa artikel ini ditulis. Jika anda membaca artikel ini pada tahun hadapan (2024) atau tahun seterusnya lagi, kami pastinya sudah boleh menukar bateri untuk model model iPhone yang lebih baru dan lebih maju!