Anda pengguna iPhone dan bateri iPhone anda dah kembung? Hanya ada satu solusi sahaja, anda perlu tukar dengan bateri yang baru. Tapi mungkin anda belum tahu apa sebenarnya punca utama bateri iPhone anda kembung ni?
1. Selalu Overcharge Antara Punca Utama Bateri Kembung.
Bila anda charge iPhone, arus akan mengalir dari plug point ke dalam bateri iPhone. Proses ini menjadikan bateri iPhone anda meningkat dari 0% menjadi 100%.
Bila bateri anda dah penuh, anda perlulah cabut charging cable dari iPhone anda secepat mungkin. Jika tidak, voltage yang mengalir masuk dari plug point masih akan mengalir masuk ke dalam bateri iPhone.
Ini akan memberikan tekanan (pressure) yang tinggi terhadap bateri. Keadaan ni dipanggil ‘Overcharge’. Keadaan Overcharge ini yang menyebabkan bateri iPhone anda menjadi kembung!
Rujukan — discussions.apple.com, ifixit
2. Selalu Overheat (dari luar iPhone)
Anda perlu ingat bahawa musuh utama bateri adalah haba dan kepanasan. Tak kira lah bateri kering jenis apa pun, samada Lithium-ion atau Lithium-Polymer. Bateri Energizer atau bateri power bank. Bateri headphones atau bateri laptop. Selagi jenisnya bateri kering, musuh utamanya adalah haba dan kepanasan.
Overheat dari luar iPhone bermakna iPhone selalu ditinggalkan dalam keadaan (climate) yang panas. Sebagai contoh, iPhone di tinggalkan di dalam kereta semasa tengahari. Selain itu mungkin juga anda tinggalkan iPhone betul-betul tepat di bawah cahaya matahari. Ataupun, iPhone didedahkan terus kepada hair dryer.
3. Kerap Overheat (dari dalam iPhone)
Overheat dari dalam iPhone sendiri pula bermakna haba dan kepanasan itu datang dan terhasil oleh iPhone anda sendiri. Contohnya, anda selalu main game Mobile Legends 3 hingga 4 jam secara berterusan. Anda pasti boleh rasa iPhone anda panas sepanjang main, kan?
Contoh lain seperti tengok movie online terlalu lama. Sedikit sebanyak pasti dapat rasa yang phone anda mula panas sedikit demi sedikit.
Bukannya kita sahaja sebagai seorang manusia perlu berehat, iPhone kita juga perlu berehat seketika selepas bekerja keras melayani kerenah kita. Pastikan selepas satu atau dua game PUBG atau Mobile Legends tu, berhenti dulu seketika untuk bagi iPhone kita berehat sekejap.
Baca juga — Kenapa Tak Perlu Risau Bila Battery Health iPhone Anda Turun?