Anda Mahu Beli iPhone 12 di Taliponiesta?

Pada tahun 2021 ini, kehangatan iPhone 12 series sangat tinggi dalam kalangan warga Malaysia. Tidak kurang juga dalam kalangan pengikut Taliponiesta lebih lebih lagi di Instagram.

iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max

Untuk pengetahuan, iPhone 12 Series ada empat (4) model iaitu:

  1. iPhone 12 Mini
  2. iPhone 12
  3. iPhone 12 Pro
  4. iPhone 12 Pro Max

Taliponiesta dapat banyak soalan daripada pengikut yang nak membeli iPhone 12 series di Taliponiesta, dan hampir kesemuanya hampa kerana kami tidak mahu menjual kepada mereka.

Pada fikiran anda, kenapa kami tidak mahu menjual iPhone 12 kepada mereka?

Umum mengetahui bahawa Taliponiesta adalah pusat penjualan bagi iPhone terpakai. Jadi sehingga artikel ini ditulis, iPhone 12 series masih belum ada lagi unit terpakai (used unit). Oleh sebab itu kami tidak menjual kepada semua mereka yang bertanya tentang iPhone 12 di Taliponiesta.

Jadi, dimana pengikut Taliponiesta perlu dapatkan iPhone yang baru (brand new)?

Pendirian kami dari dulu hingga kini adalah tetap sama. Hanya ada dua jenis pembeli iPhone, iaitu:

  1. Pembeli iPhone yang ingin membeli iPhone baru (brand new)
  2. Pembeli iPhone yang ingin membeli iPhone terpakai (used)

Jika anda tergolong dalam golongan satu iaitu pembeli iPhone yang ingin mendapatkan iPhone yang baru, Taliponiesta sentiasa akan mencadangkan anda untuk mendapatkan iPhone yang baru hanya di AAR (Apple Authorised Reseller) atau APR (Apple Premium Reseller).


Jangan beli iPhone yang baru di kedai telefon yang biasa iaitu yang bukan AAR atau APR.

Jangan beli iPhone yang baru di kedai telefon biasa iaitu yang bukan AAR atau APR walau mereka berikan harga Rm 50 lebih rendan dari AAR dan APR.

Jangan beli iPhone yang baru di kedai telefon biasa iaitu yang bukan AAR atau APR walau mereka kata mereka adalah pengedar sah iPhone yang baru.

Jangan beli iPhone yang baru di kedai telefon biasa iaitu yang bukan AAR atau APR walau kedai mereka dihias dan tiru design seperti Apple Store! Ini paling bahaya, mereka cuba buat anda fikir mereka adalah Authorised, tetapi mereka tidak!


Mengapa?

Mereka tidak mampu dan tidak akan membantu anda dalam proses tuntutan waranti jika iPhone anda bermasalah. Anda akan diminta menguruskan masalah anda sendiri kerana mereka tiada apa apa kaitan dengan Apple Malaysia.
Taliponiesta tidak akan mengubah pendirian ini, dari dulu hingga kini.

Jadi, berhati hatilah jika ingin membeli iPhone yang baru di kedai telefon biasa!


TETAPI


Jika anda ingin mendapatkan used iPhone, anda boleh dapatkan used iPhone anda di Taliponiesta. Ini adalah kerana semua used iPhone yang dijual di Taliponiesta adalah berstatus :

Premium Selection Used iPhone

Apa itu ‘Premium Selection Used iPhone’?

Taliponiesta adalah satu satunya pusat penjualan iPhone di Malaysia yang mengedarkan used iPhone dengan status Premium Selection Used iPhone.

Semua unit iPhone yang dijual di Taliponiesta sudah melalui proses semakan kualiti (Quality Check – QC) yang ketat. Proses QC ini merangkumi tiga bahagian :

  1. Luaran – Keadaan luaran dan kosmetik
  2. Dalaman – Semua bahagian disemak dan disahkan
  3. Software – Semua fungsi diuji

Jadi jika anda ingin mendapatkan iPhone terpakai yang masih dalam keadaan yang terbaik, kondisi yang sudah disemak dari segi dalaman dan luaran serta keadaan kosmetik yang terbaik bagi iPhone terpakai, terus dapatkan dari

www.taliponiesta.com

Pandangan oleh,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *