75350 Ayer Keroh & 71760 Bandar Enstek
0186619002 - Wanzai (Nilai)
0137381785 - Kas (Melaka)

Taliponiesta Keluarkan Power Bank Custom ?

iPhone Repair Melaka & Negeri Sembilan

Taliponiesta akan mengeluarkan satu produk yang boleh ‘custom‘ iaitu power bank, dibawah nama Wrapgod by Taliponiesta. Power bank ini akan menggunakan Power bank asas Pineng Model PN 953 yang berkapasiti 10,000 mAh dan mempunyai dua output iaitu satu 2.1 A dan lagi satu 1.0 A.

APA YANG BOLEH DI ‘CUSTOM’ ?

Power bank Wrapgod by Taliponiesta ni ada tiga bahagian utama yang boleh diubahsuai atau ‘custom’, iaitu muka hadapan, belakang dan bahagian sisi. Di bahagian muka hadapan dan belakang, anda boleh pilih untuk letak apa – apa gambar.

Bahagian Muka Hadapan dengan gambar pasukan bolasepak kebangsaan Brazil

(1) Bagi bahagian hadapan, cadangan kami adalah untuk memilih gambar berorientasikan lanskap atau melintang. Oh ya, tanda ‘Wrapgod by Taliponiesta’ tidak boleh dibuang ya. Hanya boleh diubah saiz dan posisinya mengikut kesesuaian gambar hadapan.

(2) Kemudian, terdapat bahagian sisi. Di bahagian sisi pula, anda boleh pilih untuk letakkan nama anda. Nama yang nak letak tu sebaiknya bukanlah nama penuh seperti dalam IC, sebab ruang yang ada agak terhad. Jika nama anda ada 3 perkataan sahaja tiada masalah, tetapi jika sehingga 6 perkataan pasti tak muat!

Bahagian sisi dengan nama ‘Awal Ashaari’

Anda boleh lihat gambar diatas sebagai contoh nama yang kami letakkan iaitu ‘Awal Ashaari’. Di bahagian sisi juga ada tanda ‘Wrapgod’ di sebelah far-left. Tanda ini juga tidak boleh dibuang ya.

(3) Bahagian yang terakhir adalah bahagian belakang. Bahagian ini tidak banyak perbezaan dengan bahagian hadapan, anda boleh letak apa – apa gambar, dan sebaiknya gambar beroriestasi lanskap atau melintang juga ya.

Bahagian belakang dengan gambar Trio Hadapan Brazil gabungan Coutinho, Neymar dan Jesus.

Perbezaan paling ketara hanyalah bahagian belakang tiada tanda ‘Wrapgod by Taliponiesta’ sepertimana bahagian hadapan.

SPECIAL EDITION : 2018 FIFA WORLD CUP ?

Kami akan mengeluarkan batch World Cup 2018 Edition pertama iaitu (1) Brazil, (2) Portugal dan (3) Germany. Kami akan keluarkan designnya pada 10 Jun 2018 (Ahad). Contoh yang anda lihat di dalam post ini adalah design untuk Brazil.

 

Leave a Reply