75350 Ayer Keroh & 71760 Bandar Enstek
0186619002 - Wanzai (Nilai)
0137381785 - Kas (Melaka)

Memanjangkan Hayat Bateri iPhone: 5 Tips Yang Anda Boleh Lakukan Sekarang

iPhone Repair Melaka & Negeri Sembilan

Adakah bateri iPhone anda habis dalam masa kurang dari satu hari? Apabila anda mencabut pengecas anda, peratusan turun dengan ketara? Adakah iPhone anda terasa panas yang tidak normal?

Teknik penjagaan bateri yang betul boleh memanjangkan jangka hayat bateri anda, seterusnya menjimatkan wang anda. Secara teorinya, jangka hayat bateri iphone adalah 2 tahun. Penjagaan bateri yang tidak betul akan menyebabkan kerosakan pada iPhone anda dan memendekkan hayat bateri iPhone anda.

Nak tahu bagaimana teknik penjagaan bateri yang betul?

  1. Untuk penggunaan pertama bateri iPhone anda, pastikan untuk mengecas sepenuhnya tanpa gangguan selama 3-5 jam. Kemudian biarkan kapasiti bateri anda menurun hingga bawah 10% sebelum mengecasnya semula.
  2. Untuk setiap kitaran cas seterusnya, jangan biarkan bateri iPhone anda di cas melebihi 20 minit setelah ianya penuh (100%). Jangan cas iPhone anda ketika tidur untuk mengelakkan bateri anda di terlebih cas. Pengecasan berlebihan membawa kepada kerosakan bukan sahaja kepada

bateri anda tetapi bahagian lain iPhone anda.  Bagaimanapun, membiarkan iPhone anda terus dicas selama kira-kira 10 minit selepas 100% adalah baik untuk bateri kerana kebiasaannya indikator iPhone akan menunjukkan 100% walaupun bateri anda sebenarnya belum mancapai 100%.

  1. Untuk pengecasan bateri yang optimum, jangan cabut iPhone dari pengecas sebelum dicas sepenuhnya.
  2. Sentiasa biarkan bateri anda berada di bawah 25% sebelum mengecas iPhone anda. Mengecas telefon bimbit anda sebelum ia berada di bawah 25% memendekkan jangka hayat bateri iPhone
  3. Sebulan sekali, habiskan bateri anda sepenuhnya dan cas sepenuhnya (seperti dalam Tip # 1). Ini membantu untuk mengekalkan ketahanan bateri anda.

Penjagaan bateri adalah penting! Segalanya di tangan anda.

 

Leave a Reply