75350 Ayer Keroh & 71760 Bandar Enstek
0186619002 - Wanzai (Nilai)
0137381785 - Kas (Melaka)

3 Sebab dan Punca Utama Bateri iPhone Menjadi Kembung dan Cepat Drain

iPhone Repair Melaka & Negeri Sembilan

3 Sebab dan Punca Utama Bateri iPhone Menjadi Kembung dan Cepat Drain

1. Selalu Overcharge.
Bila anda charge phone voltage akan mengalir dari plug point ke dalam bateri iPhone. Proses ni menyebabkan bateri iPhone korang dari 0% menjadi 100%. Bila bateri anda dah penuh, anda kena cabut charging cable dari iPhone anda secepat mungkin. Ini adalah kerana kalau anda masih charge iPhone bila baterinya dah penuh, voltage yang mengalir masuk dari plug point masih akan mengalir masuk. Ini akan memberikan tekanan (pressure) yang tinggi terhadap bateri. Keadaan ni dipanggil ‘Overcharge’.

2. Selalu overheat (dari luar iPhone)
Anda perlu ingat bahawa musuh utama bateri kering (atau sel kering) adalah haba dan kepanasan. Tidak kira lah bateri kering jenis apa pun, samada Lithium-ion, Lithium-Polymer, bateri Energizer, bateri power bank, bateri headphones atau bateri laptop selagi jenisnya bateri kering, musuh utamanya tetap haba dan kepanasan. Overheat dari luar iPhone bermakna iPhone selalu ditinggalkan dalam keadaan (climate) yang panas. Contohnya iPhone di tinggalkan di dalam kereta semasa tengahari, iPhone ditinggalkan di bawah cahaya matahari atau iPhone didedahkan terus kepada hair dryer.

————————————————————————————
Baca : 5 Tips dan Cara Penjagaan Bateri iPhone Yang Boleh Buat Bateri Tahan Lebih Dari 2 Tahun
————————————————————————————

3. Selalu overheat (dari dalam iPhone)
Overheat dari dalam iPhone sendiri pula bermakna haba dan kepanasan itu datang dan terhasil oleh iPhone anda sendiri. Contohnya, anda selalu main game Mobile Legends 3-4 jam berterusan, anda pasti boleh rasa iPhone anda panas sepanjang main. Contoh lain seperti tengok movie online terlalu lama, sedikit sebanyak pasti dapat rasa yang phone anda mula panas sedikit demi sedikit.

Leave a Reply